RASA MASAKAN MELAYU ASLI HANYA DISINI | Assalamualaikum. Rasa masakan melayu asli hanya disini. Sepeerti yang kita ketahui, lambakan restoran di Malaysia menggunakan menu masakan melayu untuk menarik pelanggan yang majoritinya bangsa melayu. Namun berapa banyak pula restoran yang benar benar masakan melayu nya benar benar asli? Nah, pasti sukar nak menjawab soalan aku bukan?
Sebelum terlewat, masih sempat lagi kalau aku nak ucap S
elamat Menyambut Ramadhan buat semua pembaca kanvas dakwat, yang setia ataupun curang :) Hukhuk. Nak rekemen korang satu restoran yang baru bukak. Nama restoran pun dah gempak. Nak tahu tak? Tapi jangan heboh heboh. Takut ada yang jeles pulak awok oiii. Nama dia,, jeng jeng jeng jeng.
Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC.
Bertempat di tengah tengah kesibukan kota kesibukan kota metropolitan, di Kampus Putra, Wisma Sachdev.
Alamat Penuh : Blok A, Wisma Sachdev, 16-2, Jalan Raja Laut, 50350 KL
|
Buah Tempatan |
Restoran Dulu dan Kini @KLMUC merupakan usahasama antara kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industies. Restoran ini dibuka untuk pelajar dan juga orang awam. Nama Restoran Dulu dan Kini @KLMUC ini diambil bersempena dengan suasana restoran yang dihiasi gambar gambar berlatarbelakangkan di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur serta kepesatannya kini. Restoran Dulu dan Kini @KLMUC sememangnya berlainan kerana pelajarnya sendiri yang akan mengendalikan operasi 3 kali dalam seminggu.
Antara menu yang power, menggambarkan makanan tradisi melayu di Restoran Dulu dan Kini @KLMUC ialah Ubi Kayu bersama Sambal Ikan Tamban, Pengat Durian serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau. Menu tersebut akan menjadi sebahagian daripada hidangan bufet Ramadhan yang akan bermula pada 18Jun2015 sehinggalah akhir bulan puasa dan ianya dibuka kepada pelajar, kakitangan dan orang awam.
|
Kuih Melayu |
Restoran Dulu dan Kini @KLMUC menghidangkan masakan tradisi melayu dan menu ala carte, harga adalah serendah RM5 dan RM48 net/pax untuk bufet Ramadhan. Restoran ini juga mengalu alukan persembahan daripada para pelajar, tarian moden kepada tarian tradisional selain persembahan muzik akustik, di mana ia mencerminkan inisiatif 'Aplikasi Dunia Nyata'. Pentas ini dibuka kepada artis di KL yang ingin menonjolkan bakat terpendam.
Waktu perniagaan Restoran Dulu dan Kini @KLMUC bermula dari jam 8 pagi sehingga 9 malam.
|
Telur Masin |
|
Kerabu |
|
Kerabu |
|
Sambal Belacan, Tempoyak, Cencalok, Sambal Gesek, Budu |
|
Daging Dendeng |
|
Ayam Masak Lemak Rebung |
|
Sambal Udang Petai |
|
Sotong Masak Kicap |
|
Tahu Lembut Kukus |
|
Kari Ayam Ubi Kentang |
|
Sup Camuran |
|
Kenal tak ni sape? Cef Adu Amran (juri Mastercef Malaysia) *sori gambar curi. Nak selfie phone canggih sangat |
|
Ini cef yang masak tu :) |
|
Kambing Panggang |
|
Ulaman |
|
Ubi |
|
Goodies dari pihak mereka |
Amacam?? Tergoda tak u Alls? Bukan itu sahaja, ada lagi menu yang aku belum senarai pendekkan. Antaranya termasuklah :
- Ikan Patin Masak Tempoyak
- Asam Rebus Nanas dengan Ikan Masin
- Tempeh
- Tahu
- Lidah Panggang
- Ayam Panggang
- Air Asam
- Black Paper Mushroom Souce
- Percik Sauce
- Mint Sauce
- Roti Jala/Pengat Durian
- Rebusan Tradisional (Ubi/Pisang)
- Kelapa Gula/Sambal
- Bubur Kcang Hijau
- Pulut Hitam
- Pengat Pisang
Mana mana yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur tak sempat nak sampai rumah, singgah lah restoran ni. Mendalami masakan melayu nya yang memang betul betul asli. |
RASA MASAKAN MELAYU ASLI HANYA DISINI
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.