Tips Mengurangkan Sakit kepala




Tips Mengurangkan Sakit kepala



Tips Mengurangkan Sakit kepala | Assalamualaikum. Hari ni aku nak share sikit tips mengurangkan sakit kepala. Sakit kepala ni benda yang normal dialami oleh insan disetiap peringkat umur. Mungkin perbezaan nya hanya pada kadar kesakitan. Jom baca serba ringkas mengenai sakit kepala.


Pengenalan
Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Penyebab Sakit Kepala
  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun

Rawatan
Rawatan bergantung kepada penyebab :
  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
  • Demam.
  • Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Pencegahan
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  • Pemakanan seimbang.
  • Kerap bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat

Ketumbuhan dalam otak adalah penyebab utama Headache/Sakit kepala, ya atau tidak?
Tidak.
Penyebab utama sakit kepala adalah disebabkan ketegangan 'tension headache'.
Semakan Akhir:26 April 2012
Penulis:Dr. Jamilah Abdullah
Penyemak:Dato' Dr. Hj. Md. Hanip b. Rafia

Sedikit tips berguna yang aku pasti ramai tak pernah ambil kisah kerana dianggap sangat tak serius. Tips berguna ini aku dapat ketika aku kerja sambilan sewaktu menunggu keputusan SPM keluar. Sahabat yang sedikit berusia berkongsikan tips ini dan alhamdulillah. Mujarab dan sangat berkesan. Cuma kadangkala aku sendiri terlupa cara mandi yang bijak ini dan mengulangi cara mandi yang kurang bijak yang telah menjadi kebiasaan aku.

Sewaktu anda pulang dari kerja dan ingin mandi, perlulah dimulai dari bawah hingga ke atas. Lazimnya kita, apabila masuk ke bilik mandi, membuka pancuran air dan terus membasahkan kepala terlebih dahulu.
Tips Mengurangkan Sakit kepala

Ini lah yang dikatakan cara mandi yang kurang bijak. Mungkin anda seharusnya mandi menggunakan kaedah mandi songsang. Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut .


Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah . Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan. Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN – (INSYAALLAH)!

1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH 
.2. Mengembangkan salur darah otak – menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi. 
3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum. 
4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak 
.5. Melancarkan perjalanan darah 
.6. Menjadikan pengamal semakin pintar. 
7. Meninggikan daya ingatan. 
8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala 
9. Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria. 
10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat. 
11. Memiliki daya ketahanan mental. 
12. Menambahkan semangat berani. 
13. Menguatkan gigi dan gusi. 
14. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila diamalkan.


Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/ + http://malaysiatopbloggers.blogspot.com/ 


Semoga tips berguna ini dapat dikongsikan kepada semua agar sakit kepala yang mengganggu dapat dikurangkan | Tips Mengurangkan Sakit kepala


Post a Comment

1 Comments

  1. Singgah pagi...
    Nieyl mmg de migrain...tapi bukan tahap yg kronik..
    so far,dlu klu sakit ke makan panadol..
    skrg Alhamdulillah...klu rasa sakit tu x melarat teruk...
    mmg xkan amek seberang ubat..just mandi..cuci rambut...tidur dlm blik yg gelap..dalam sejam 2...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.