Ternyata Tuhan Tidak Malu Dan Tidak Salah

 
 
 
Tuhan, Malu, Salah



Ternyata Tuhan Tidak Malu Dan Tidak Salah | Assalamualaikum. Ternyata beberapa hari yang lalu memang terdapat satu ujian remeh yang berlaku ke atas aku. Tapi aku tak mampu untuk menanganinya sebagai seorang perempuan dewasa yang matang. Ternyata aku terlalu manja untuk menghadapi seorang diri.

Sebab aku ada keluarga kedua, diorang lah yang banyak bagi nasihat dan sedikit pertolongan tapi tak mampu aku nak balas. Keluarga pertama? Tak berani nak melangkah sedepa. Takut tersalah arah. Aku yang masak nak menjawab. Semoga ada hikmahnya. Betul lah kata orang pertemuan dengan seseorang banyak mengajar kita untuk menjadi lebih tabah dalam menghadapi dugaan yang Tuhan bagi.

Tuhan bagi kita kenal dengan orang yang salah supaya kita belajar sesuatu daripadanya agar nanti orang yang memang ditakdirkan dengan kita hidupnya akan sempurna tanpa cacat cela hidup bahagia. Faham apa yang cuba aku sampaikan?

Ternyata tuhan tidak malu dan tidak salah. Benarkah? Tuhan tidak malu? Benarkan Tuhan tidak pernah salah?

Tuhan, malu, salah
 
 
Benar. Sungguh dan tidak dapat dinafikan ternyata tuhan memang tidak malu untuk memberi ujian kepada mereka yang dikehendakiNya.
 
Tuhan, malu, salah
 
 
Lalu tak pulak Dia berhenti kan ujian kepada seseorang yang dikehendakiNya melainkan Dia benar benar ingin seseorang yang dikehendakiNya untuk lebih beriman kepadaNya. Tuhan memang hebat. Tak pernah langsung berasa malu untuk menimpa nimpa kan seseorang yang dikehendakiNya dengan ujian seremeh remeh ujian sehingga seberat berat tanggungan ujiannya.
 

 
Tuhan, salah, malu
 
Ternyata apa yang jadi sedikit sebanyak mengajar aku tentang kehidupan sebenarnya jauh lebih besar jauh lebih luas. banyak lagi kena belajar ni. Banyak yang aku tertinggal. Banyak yang aku tak pernah peduli. Banyak yang aku tak pernah amik kisah. Aku ambil mudah. Sekarang aku tanggung. Terima kasih yang tak henti mendorong. Terima kasih yang tak pernah berhenti berkata kata. Memberi aku ransangan kekuatan.


 
tuhan, malu , salah
 
 
Ternyata tuhan tidak salah. Benarkah begitu? Ye. benar. Tuhan tak pernah salah memilih Dia yang kehendaki. Dan diantara berjuta - juta orang aku yang terpilih untuk mengisahkan catatan remeh ini di sini buat semua. Ternyata kasih sayang Tuhan pada aku tak pernah berbelah bahagi. | Ternyata Tuhan Tidak Malu Dan Tidak Salah
 
 
 

Post a Comment

6 Comments

  1. semoga sis tabah, hidup kita tak lekang dgn dugaanNya, kerana Dia sayangkan kitakan... bila p training guru sy selalu sebut "Allah seperti persangkaan hambaNya"... Allah sgt cintakan kita... "Cinta" adalah perkara yg pertama Allah ciptakan selain makhluk alam ini...

    ReplyDelete
  2. tabah ye.. jadi dewasa memang penuh cabaran.. Rasanya itu cita2 kite sewaktu kecil untuk segera menjadi dewasa , sebb tak tau, kehidupan sukar selepas itu.. jangan risau... Allah ada.. jangan malu juga berdoa padaNya..

    ReplyDelete
  3. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba² Nya :)

    ReplyDelete
  4. perancangan Allah adalah sebaik baiknya

    ReplyDelete
  5. mari kita berdzikir dengan asmaul husna

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.