Mengapakah Mekah menjadi destinasi pilihan?



 
mekah, destinasi, pilihan
 
 
Mengapakah Mekah menjadi destinasi pilihan? | Assalamualaikum. Mengapakah Mekah menjadi destinasi pilihan?


1. Ka'bah merupakan sebuah bangunan bentuk kubus yang terletak di tengah Masjidil Haram di Mekah.
2. Bangunan ini adalah sebuah tempat dan monumen suci bagi kaum muslim (umat Islam).
3. Merupakan bangunan yang dijadikan arah kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia seperti solat.
4. Bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi musim haji dan umrah.
5. Tempat bersejarah yang menjadi tonggak kebangkitan islam dimasa lampau.

Kalau kita membaca Al-Qur’an surah Ibrahim ayat 37 yang berbunyi,
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman didekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”


Daripada ayat di atas kita boleh mengetahui bahawa Kabah telah ada sewaktu Nabi Ibrahim AS menempatkan isterinya Hajar dan bayi Ismail di lokasi tersebut. Jadi Kabah telah ada sebelum Nabi Ibrahim AS menginjakan kakinya di Mekah.

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk tempat beribadat manusia ialah Baitullah yang di Makkah yang diberkahi.” (Al-Imran, ayat 96).

Kaabah yang didirikan Ibrahim terletak lebih kurang di tempat Kaabah lama yang didirikan Nabi Adam yang sudah hancur tertimpa banjir pada zaman Nabi Nuh. Adam adalah Nabi yang pertama kali mendirikan Kaabah.

Pernah tak masa korang kecik kecik atau masa korang tulis biodata or something bila ada orang tanya, apa destinasi pilihan kalau korang diberi pilihan untuk pergi? Atau apa impian korang untuk  buat mak ayah seronok?
Jawapan yang paling biasa korang bagi ialah Mekah.
 
Atau jawapan untuk soalan kedua nak bawa mak ayah ke Mekah. Itu masa kita kecik kecik dulu. Impian kecik kita yang orang tak pandang. Sebab nampak biasa biasa. Pernah tak korang terfikir, bila korang dah besar panjang, busy memanjang dengan kerja. Mak ayah terabai. Pernah tak korang ingat lagi impian kecik kecik korang ni?

Mengapakah Mekah menjadi destinasi pilihan? Dan kenapa mesti Mekah yang jadi pilihan korang untuk soalan tadi? Sedangkan banyak lagi  negara yang ada dalam dunia ni yag memang seronok. Jawapan yang korang bagi tu sebenarnya sekadar mengikut ngikut orang atau sebab korang dilahirkan Islam dan Mekah adalah jawapan terbaik untuk soalan yang kawan korang tanya tadi?

Boleh tak jawab soalan aku? |  Mengapakah Mekah menjadi destinasi pilihan?

Post a Comment

1 Comments

  1. Mekah itu target utama saya dalam berkerja. Berimpi untuk bawa mak ayah kesana nanti

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.