Malaikat Neraka



Malaikat Neraka


Malaikat Neraka | Sejadah yang kian lusuh itu ku hampar ke atas permukaan lantai yang robek. Sudah lama benar tidak ku sentuh sejadah itu. Sudah lama jugak surau ini tidak di kunjungi akibat kelalaian dunia. Harini ini entah mengapa hati yang kian hitam telah menarik aku untuk datang ke sini mengenang usia kecil yang penuh dengan warna bersama nenek. Eh maaf. Arwah nenek. Ku tekankan ia kerana nenek lah warna yang telah menghiasi hari aku. Semenjak nenek pergi, aku cuma lihat kelam dan kegelapan. Semuanya paling tidak pun cuma kelabu. Tidak menarik perhatian. Sehingga aku memilih untuk mengejar wang yang mampu memberi kebahagiaan.

Entah. Kebahagiaan yang cuma seketika. Buat aku senyum puas. Tapi hati aku tetap kosong. Semenjak nenek pergi. 

...........................


"Farhan. Kau nak kemana malam malam begini?"
"Aku ada date. Asal?"
"Tidak ada apa lah. Cuma aku rasa macam dah lama tak berborak dengan kau semenjak kau ada awek. Kau dah lupa dekat aku ke?"
"Eh, kenapa kau fikir macam tu? Selama ni aku ada atau tak sama je life kau kan?"
"Aku kawan yang lalai Farhan. Aku lupa nak menegur kau saat kau terlanjur dengan dunia. Kau tidak menjaga hati, mata dan telinga kau di dunia. Jadi apa maknanya aku menjadi kawan kau kalau membiarkan kau ke kancah neraka?"
"Persetan. Kau ini hilang akal gamaknya.Ribut tak ada tiba tiba nak nasihat aku. Kau demam ke Faqih? Dah la aku dah lambat"

.............................


Panjang aku doa. Aku mintak pada Tuhan agar meletakkan nenek dikalangan orang beriman. Nenek lah sumber kekuatan semenjak aku mula kenal hidup. Semenjak itu aku sorang. Aku banyak hidup dengan bayang bayang neraka. 

...........................


"Ami, kau sayang aku?"
"Sayang lah. Kenapa kau tanya macam tu?"
"Apa bukti kau?"
"Entah. Tapi aku dah banyak korban masa untuk kau. Kau masih tak mampu nak menghargai dan merasai kehadiran aku ke?"

"Bukan macam tu lah Ami. Aku perlukan kasih sayang. Aku perlukan belaian seorang perempuan."
"Kau merepek apa Faqih. Aku tak faham."

"Aku nak kau."
"Kau gila ke apa bodoh?"

Ami bangun. Menjauhi sedikit tubuh lelakinya.

"Ami. Aku ikhlas dengan kau. Aku jujur. Kau perempuan paling aku sayang. Selepas nenek pergi." Ada kehangatan di celahan matanya. 

Ami sebak. Dia tahu hidup lelaki itu bagaimana. Sudah lama dia mengenali lelaki itu. Dan inilah kali pertama lelaki itu mengeluarkan permintaan yang bukan bukan. 



Malaikat Neraka



Ami hangat dalam pelukan lelaki itu. Malaikat Neraka. Faqih yang mengerti (maksud dalam Islam). Ami lah yang harus mengerti Malaikat Neraka itu. Malaikat Neraka


Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.