KBBA Blogger's Day Out 2015




Assalamualaikum. Dah lama sangat tak update entri. Kali ni aku nak kongsi satu event terbesar KBBA. Diuruskan sendiri oleh #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.


Siapa tak suka event kan? Event dan blogger memang berpisah tiada. Selain dapat hiburkan hati sendiri, benda paling best bila dapat berkenalan dengan orang yang kita tak kenal. Dapat kawan baru, tukar tukar pendapat. Dan banyak lagi lah. Boleh google kepentingannya :)




APA ITU KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA (KKTTC) ?

- Taman Riadah .
- Berhampiran dengan Universiti Multimedia (wujud sejak 2006).
- Fasiliti/Kemudahan untuk bersukan seperti driving range, gelanggang tennis, paintball, sirkit go kart, kolam mandi, gelanggang futsal, gymansium, studio menari, gelanggang badminton, squash, dan basketball.
- Boleh juga digunakan untuk membuat tempahan untuk majlis majlis tertentu seperti perkahwinan/mesyuarat.
- Berkeluasan seramai 600-700 orang dalam satu masa.
- Menyediakan katering juga.
- Untuk keterangan lebih lanjut boleh terus hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC,@kelabkomuniticyberjaya.


KBBA BLOGGER'S DAY OUT

- Dijangka seramai 100 orang blogger yang akan turun memeriahkan majlis.
- Game yang disediakan ialah golf, badminton, paintball, go kart.
- Tidak dibuka kepada umum tapi kalau nak bagi sokongan boleh datang.
- Jom lah datang memeriahkan lagi majlis. Boleh berkenalan dengan blogger baru dan lama :)


PENAJA RASMI KBDO

Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my 
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my 
Yeos Malaysia www.yeos.com.my 
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com 
Natalia www.natalia.my






Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.