Dulu dia yang menyapa aku,
Dia yang paling ramah menegur aku,
Dia yang paling setia menjaga aku,
Dia yang paling jujur berkongsi sakit perit aku,
Dia yang paling kalis dengan tomahan busuk tentang aku,
Dia yang paling rajin senyum oles paling indah untuk aku,
Dia yang tak pernah bosan menyintai aku,
Dia yang tak pernah pekak mendengar cerita kaku aku.
Dialah...
Yang semakin hilang,
Hilang,
Kemudian hilang,
Terus tinggal bayang.
Dialah separuh jiwa aku yang pergi.
Katanya diri ini sudah tidak berjasad.
Yang ada cuma roh terangkat.
Mengemis kasih.
Mengharap sayang.
Pengemis tegar.
Hilang dalam dirinya sendiri.
1 Comments
Jemput singgah sini k. tq "Hati Perempuan"
ReplyDeleteJemput Join ek.. :) "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei"
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.