Wednesday, April 30, 2014

GiveAway Bro Nasa : Hadiah Misteri Bernilai RM800






LOKASI : UITM, SEGAMAT  ( sori bukan gambar berselfie)



Nama aku Nur Amieza Suhaini (kiri). Kawan aku sebelah tu nama dia Fadhilah Fuad. Dia salah satu kawan rapat aku di Uitm Segamat, Johor sem 1. Permulaan perkenalan kitorang cuma sekadar tegyr biasa. Sebab nak study programming bersama. Semenjak daripada tu lah kitorang kawan. Dia kawan menangis, kawan gelak, kawan kentut, kawan makan *bukan makan kawan tau. Dia salah seorang kawan aku yang selalu ada disisi waktu susah senang waktu aku jauh dengan keluarga,


Dia banyak support aku dari segi mental dan fizikal. Lepas jadi rapat, pernah terdetik hati nak tanya. Tak pernah menyesal kenal orang macam aku? ( memandangkan aku ni ada kecacatan fizikal). Jujur, dia cakap dia seronok kawan dengan aku. *perasan jap buleh? Dia tak pernah menyesal. Dia tak kan malu jalan sebelah aku. Orang boleh cakap apa yang dia suka, sebab mulut orang tak boleh nak tutup. Orang belum kenal aku orang boleh judge. Sampai penat. 


Sampai masa, dia akan penat. Dia akan diam. Aku banyak bergadoh dengan dia. Aku selalu sakitkan hati dia. Secara tak sengaja. Tapi sebenarnya, aku cuma nak bergurau. Mungkin cara aku gurau tu kasar. Buat dia kecik hati. Tapi aku tau, dia sayang aku. Merajuk dia tak lama :) . Sebab tu dia comel. Gambar ni aku dengan kawan kawan ambil masa hari cuti tak ada kelas. Kitorang sanggup bangaun pagi semata mata na bergambar. Tak sangka. Tu sem terakhir aku ada kat situ. 



Tak adil rasanya kalau aku tak perkenalkan sorang lagi kawan aku. Kami bertiga. Kanan tu aku belum kenalkan lagi. Nama dia Norshahila Shaharudin. *nama ayah tak pasti betul ke salah. Masa ni aku beria nak outing dengan diorang nak makan aiskrim sama sama. Sebab aku tau, aku dah tak akan ada lagi dekat situ. Haritu jugak diorang keluar dengan aku. Makan aiskrim dekat One Segamat. Apa yang aku tau, aku memang sayang dekat diorang berdua ni, Walaupun perkenalan kitorang tak sampai setahun. Tapi, sebab aku sanggup gadaikan kepercayaan tu, dan sekarang aku tak sangka. 


Memang tak sia sia. Aku dapat balik kebahagiaan aku dengan diorang. Apa apa pun. Aku cuma harap, jauh mana aku dengan diorang, tak akan ada yang boleh buat hubungan persahabatan ni terputus. 


Paling penting aku dah tinggalkan banyak kenangan. Tinggalkan kawan kawan. Tinggalkan semua. Paling aku sedih. Aku tinggalkan kawan rapat aku. Aku tak dapat nak makan sama sama. Tak dapat nak lepak berselfie lagi dengan dia. Niat aku bersengkang mata nak join bukan sebab nak menang. Tapi sekadar nak cerita kat semua yang baca ni. Aku ada kawan. Kawan yang selalu menghargai aku. Yang tak buang buang aku. Yang tinggal cuma gambar. Gambar yang tak akan pernah berhenti untuk buat kita ingat pada saat ketika ia berlaku. 






// Maaf entri yang begitu panjang. Terima kasih sudi membaca.


# NAK MENANG $$$$ ?
JOM JOIN. SYARAT SIMPLE SANGAT. BUDAK TADIKA PUN BOLEH BUAT.
CLICK --> S I N I

Tuesday, April 29, 2014

DUIT PALSU - AWAS !




Assalamualaikum. Dah lama rasanya aku tak update untuk menaip entri. Kebanyakkan nya cuma posting GA. Sebab sekadar copy paste dan follow syarat mudah. Now, aku kerja partime di 99 Speedmart Shah Alam.


Minggu ni saje dah dua kali aku dapat duit palsu. Naluri aku aim India yang selalu beli beer. Aku rasa dia lah. Adoi. Penat weyh kerja. Kena bayar pulak. Jahat betul lah diorang ni. Ingat kan zaman duit palsu ni dah habis, Tapi tiba tiba je datang balik. Aku nak pesan dekat korang. Yang mana dapat RM100 tangan ke tangan selain bank. Hati hati lah. Mohon sangat. Mana tau dapat kat korang. Korang tak tahu, then korang guna pulak beli barang. Masyaallah.

Tak tahu lah berkat ke tak. Takut menganiaya orang secara tak sengaja. Sekadar mengingatkan je. 

Ni aku copy paste cara nak mengesan duit palsu atau betul. 


Cara Mengesan Wang Kertas Palsu
Kesemua wang kertas palsu moden dapat dikenali tanpa terlalu banyak kesukaran. Perbezaan tersebut dapat dilihat apabila memeriksa dengan lebih dekat yakni mengaplikasikan prinsip “RASA, LIHAT, dan CONDONG”


Mengesan kepalsuan: Rasa 

Rasai kualiti kertas

TULEN
Wang kertas tulen biasanya dicetak di atas kertas yang bermutu tinggi dan diperbuat daripada kapas. Ia mempunyai rasa unik, bunyi rapuh dan sedikit kesat di kawasan yang banyak dicetak
PALSU
Kertas yang digunakan untuk membuat wang palsu kelihatan buruk kualitinya, umumnya kebanyakan jenis kertas komersial
Rasai cetakan ukiran benam


TULEN
Cetakan ukiran benam akibat percetakan timbul yang dihasilkan dengan menggunakan lapisan dakwat sentuhan pada pelbagai bahagian depan dan belakang not kertas
PALSU
Wang kertas palsu tidak mempunyai rasa cetakan timbul
Mengesan kepalsuan: Lihat
Lihatlah wang kertas dan halakannya kepada cahaya


TULEN
Wang kertas tulen mengandungi potret watermark, benang keselamatan dan kelihatan sempurna ciri-cirinya. Potret watermark Yang DiPertuan Agong mempunyai 3 kesan dimensi dan kelihatan lembut dan redup tanpa garis bentuk tajam potret. Pada dasar watermark beberapa denominasi iaitu nombor denominasi dapat dilihat dengan jelas. Benang keselamatan akan sentiasa kelihatan tertanam dalam wang tersebut. Bunga raya pada bahagian depan sempurna selaras dengan bunga yang sama pada bahagian belakang wang kertas
PALSU
Watermark palsu tidak kelihatan. Jika ada, kelihatannya seperti lukisan. Benang keselamatan adalah tiruan dan agak kabur, dan mudah ditanggalkan. Kelihatan ciri-ciri tidak sempurna larasnya dengan corak pada bahagian belakang wang kertas.
Melihat di bawah kanta pembesar


TULEN
Anda boleh melihat huruf mikro di depan dan bahagian belakang semua wang kertas. Huruf pada wang kertas tulen seharusnya tajam dan tidak kabur
PALSU
Perkataan huruf mikro ‘BANK NEGARA MALAYSIA’, ‘BNM’ dan denominasi wang kertas iaitu RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 tidak ada, hanya titik-titik dicetak untuk meniru ciri-ciri ini
Lihat menggunakan cahaya ultra-ungu


TULEN
Elemen fluorescent halimunan mewakili pelbagai elemen latar belakang di bahagian depan dan belakang dalam warna yang berbeza. Pelbagai elemen dapat ditangkap di bawah cahaya UV seperti gentian halimunan dan pemancaran cahaya berbentuk empat segi
PALSU
Di bawah cahaya UV, gentian halimunan dan pemancaran cahaya berbentuk empat segi sepenuhnya hilang dalam not palsu. Kertas palsu adalah terang cahaya UV, bermakna bahawa ia bercahaya lebih daripada wang kertas tulen


Mengesan kepalsuan: Condong
Condongkan Wang Kertas Itu
1. Ciri LEAD (pada RM10, RM50 dan RM100). Anda boleh melihat jalur berwarna-warni bersinar di bawah cahaya terang dan menunjukkan denominasi wang kertas dan nama BNM apabila sudut pandangan dialihkan
2. Ciri LEAD adalah amat sukar untuk dipalsukan. Biasanya sinaran LEAD tidak dapat dilihat. Sesetengah pemalsu akan cuba menirunya dengan menggunakan kerajang berkilat
3. Ciri PEAK. Apabila sudut pandangan diubah dengan mengalihkan wang kertas, imej tersembunyi yakni nombor denominasi iaitu 50 akan terdedah di tengah empat segi PEAK
4. Tiada imej terpendam denominasi dalam ciri PEAK atau beberapa peniruan imej yang telah dicuba



# NAK MENANG $$$$ ? 


JOM JOIN. SYARAT SIMPLE SANGAT. BUDAK TADIKA 

PUN BOLEH BUAT. CLICK --> S I N I

Monday, April 28, 2014

April - May GA by Amirah





-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Perfume Original
2. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50
3. Shiseido Black Mask
4. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml
5. Tudung Akel
6. Charm Bracelet Bestfriend
7. Topup RM50
8. Topup RM10
9. Topup RM5
10. Blouse Merah


Pilihan hadiah saya : 
1. Perfume Original
2.  Topup RM50
3. Tudung Akel


Tarikh tamat : 15 / 5 / 2014


Sunday, April 27, 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Thursday, April 24, 2014

masalah

masalah tak akan pernah berhenti untuk mengganggu kehidupan.

Thursday, April 17, 2014

Ye ke Tak?



Hashtatag pray for MH370 dah ta wujud. yang wujud. cume cerita Kapal Sink. Kbye -_-