MITOS KAPPA

nak dijadikan cerita, adik aku yang paling kecik ni kemain pandai sangat akan kebijaksanaan yang dia miliki, maka, KOMIK 'THE HACKER ' and lagi satu apa tah tajuk dia. tapi yang penting aku sayang kedua-2 nya sebab dua-2 aku beli pakai duit belanja sekolah kod. pengorbanan besar tu. tapuk tangan sikit untuk aku. hehehe. dua-2 komik uh kene rampas sebab ada sportceq kat sekolah dia. sakai~ sekolah rendah nak bajet bawak komik. dah la amek aku punya. marah je.

bila komik aku da kene rampas, dia gantikan lah dengan komik member dia yang agak macam kekanak rebina tu kasi kat aku. aku sebagai kakak yang baik hati terima jela dengan sebuah senyuman palsu. hahaha. tajuk komik tu 'MISI MENYELAMAT KAPPA'. mesti korang pernah baca kan? apa yang buat aku tertarik dengan komik ni adalah mengenai MITOS yang diuar-2 kan. hahaha. selama ni kita cuma tahu MITOS dari negara kita sendiri je kan?

contohnya MITOS pasal PUTERI GUNUNG LEDANG lah, HANG TUAH lah, LAGENDA MAHSURI lah, banyak lah lagi, kita sendiri pun tak tahu mende uh memang wujud ataw sekadar cerita dongeng dahulu kala. komik ni cerita pasal MITOS KAPPA.

APA ITU KAPPA ? 
kappa ialah sejenis makhluk mitos JEPUN yang dikenali sebagai mambang air. walaupun banyak penemuan dilaporkan tetapi masih tiada bukti tangkapannya. ia dikatakan berketinggian satu meter dan kelihatan seperti haiwan amfibia. badannya dikatakan mengeluarkan bau yang kuat dan dipercayai hidup dalam sungai yang bersih. menurut cerita lagenda, nyawanya akan terancam tanpa air.


BAGAIMANA RUPA KAPPA? 
-kura-kura
kura-kura juga dikenali sebagai ikan air dalam bahasa cina. corak pada cengkerangnya sama seperti KAPPA.
-burung
  mulut KAPPA dikatakan seperti paruh burung.
-katak
kulit KAPPA bewarna hijau kekuningan seperi katak. KAPPA mengeluarkan lendir melekit untuk menyejukkan badan sama seperi KAPPA.
-memerang
ia hidup dikawasan berhampiran air seperti memerang.KAPPA juga dikatakan mampu berenang pantas kerana memiliki struktur kaki sirip.

KEGEMPARAN MUMIA KAPPA?
orang Jepun mempercayai kewujudan KAPPA. ada yang mendakwa menyimpan KAPPA yang dijadikan mumia.

MITOS WARISAN ..
pada tahun 1993, sebuah keluarga bernama Tajiri dari Imari, wilayah saga menemui katak lama berwarna hitam semasa membaiki bumbung rumah. mereka mendapati ada bangkai kering di dalam kotak itu. menurut orang tua dalam keluarga Tajiri, kononnya itu ialah bangkai KAPPA. ia menjadi pusaka turun temurun sejak lebih 200 tahun lalu. keluarga Tajiri masih menganggapnya suci sehingga kini.

TANGAN KAPPA DI WILAYAH FUKUOKA ..
Fujita Masato, seorang pengumpul dari wilayah Fukuoka dikatakan memiliki rangka tangan KAPPA. dianggarkan berukuran 15 sentimeter panjang dengan empat jari. para saintis dari universiti Tokyo belum dapat mengenal pasti identiti pemilik anggota badan tersebut.

ni ada lah salah satu gambar KAPPA yang dikatakan MITOS oleh orang JEPUN yang telah dijadikan MUMIA.


Post a Comment

0 Comments