semut - Mieza S Mieza S: semut

semut

April 12, 2012

.::Semut yang berubah warna bukti kekuasaan ALLAH::. 

"Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya.

Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Ba.bu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.

Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.

Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.

Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.

Dia berkata:

‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’

‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’

‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kali untuk mendapatkan image yang berkualiti’

Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’"

~Hebat sungguh ciptaan Allah =) memang betul kalau pun semua air lautan dijadikan dakwat, dan semua pokok kertas untuk menulis ilmu , Nescaya masih ta mencukupi... dan sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa lagi Maha Mengetahui.

----->Mujahidah<----- —

sumber dari pejuangcinta.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.