Oh tataplah mataku, duhai kekasih hati
Pabila kita bersua nanti
Ku tetap menunggu, itu pasti
Hingga tiba saat kau kembali
Verse 1 – Izama
Apa rasa bila hati kau dikhianati?
Apa rasa bila kita tak difahami?
Apa makna hidup jika hati dah mati?
Tak bermakna bernafas jika jiwa dikebumi.
Tak ada siapa faham bila kau disakiti,
Macam main saham, banyak kali kau rugi.
Buang harga diri, ego dan juga iri,
Cinta tak bermakna kalau senyuman makin sepi.
Apa yang kau nak? Apa yang kau mahukan?
Beritahu aku.
Mungkin aku bukan yang kau perlukan?
Fikiran celaru.
Masa depan apa yang kau bayangkan?
Hidup tanpa aku?
Sia-sia pinta engkau terangkan,
Tak perlu cari aku, jadi tolong lepaskan.
Jangan samakan,
Sebab aku bukan dia.
Kisah lama tutup, tak perlu ungkit derita.
Buang buku lama, tolong fokus pada kita,
Tapi takkan ada kita kalau masih ada dia.
Bagi kau ruang,
Aku bagi peluang.
Kesilapan sama masih lagi berulang.
Kalau ada air gelas tu dah ku tuang.
Walau hati aku sakit, aku doa kau tenang.
Aku doa kau tenang.
Chorus – Suraya Yusoff
Oh tataplah mataku, duhai kekasih hati
Pabila kita bersua nanti
Ku tetap menunggu, itu pasti
Hingga tiba saat kau kembali
Verse 2 – MK K-Clique
Cahayaku terang,
Fikiran kembali tenang.
Sampai nafas terakhir,
Rahsiaku itu,
Rahsiamu, rahsia kita, tak perlu begitu.
Janji dipegang, janji Yang Maha Esa,
Keluar dari sengketa.
Lama berdiam, lama tersimpan,
Hati bicara, mataku pejamkan, oh.
Kehilangan tak selamanya,
Yang patah tumbuh, yang hilang kan berganti.
Sinar yang ku cari, jadi oh...
Ku tak nak terlepas tangan ku,
Akhirnya ku bersamamu,
Temani perjalananku, jadi...
Chorus – Suraya Yusoff
Oh tataplah mataku, duhai kekasih hati
Pabila kita bersua nanti
Ku tetap menunggu, itu pasti
Hingga tiba saat kau kembali
.jpg)
🌿 Ruang Bicara
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.