rujukan gambar: https://www.aeonbank.com.my/
maaf ler, terfomo dengan aeon wallet apps. asyik lalu lalang dekat thread je. akhirnya aku kecundang juga dan download aplikasi ini.
FOMO (Fear of Missing Out) bermaksud perasaan takut atau cemas kerana tertinggal sesuatu trend, pengalaman, atau peluang yang orang lain sedang nikmati.
![]() |
| rujukan gambar: https://www.aeonbank.com.my/ |
kurang lebih; 2 bulan juga aku guna. antara muka paparan aeon wallet apps ni comel tau. warna merah jambu menyerlah. mana tidaknya aku terdowload. hahahaha. kad debit dia lagi lawa weyh.
sekarang memang banyak sangat aplikasi kewangan yang ada dekat telefon pintar kan. ada yang untuk pembayaran, ada yang bagi cashback, ada juga yang bantu kita menguruskan duit dengan lebih baik.
aku cuba explore AEON wallet apps. aku fikir ia sekadar sebuah aplikasi biasa yang digunakan untuk membuat pembayaran. namun selepas try and error satu-satu fungsi yang ada, banyak juga benda menarik yang boleh digunakan.
yang paling menarik, korang yang belum pernah daftar AEON wallet boleh cuba daftar dan berpeluang dapat rm5. masukkan code referral aku untuk dapatkan ganjaran AB479808.
Active Pot – Simpan Duit Ikut Kategori
antara fungsi yang aku paling suka ialah active pot. tengok lah berapa banyak pot aku? ada 5 tau. hehehe. bagi aku, fungsi ni memang sesuai untuk orang yang suka asingkan duit mengikut tujuan tertentu.
pot ni lebih kurang macam tabung. cuma tabung atas nama 'tabung bonda' je aku letak round-up. konon - konon cepatlah sikit tabung aku tu naik. gitu.
Bagaimana Round-Up berfungsi
penggenapan jumlah:apabila pembayaran dibuat; (contohnya menggunakan kad debit AEON bank), sistem akan menggenapkan amaun pembelian ke nilai ringgit terdekat.
contoh:
harga barang bernilai rm14.50, sistem akan menggenapkan transaksi tersebut kepada rm15.00.
pindahan automatik: lebihan sebanyak rm0.50 akan terus dipindahkan secara automatik dari akaun utama ke dalam savings pot yang telah ditetapkan; (tabung bonda)
walaupun simpan sikit-sikit, lama-lama boleh nampak hasilnya juga.
Cashback Bila Tap & Scan
pembayaran digital memang lebih cepat dan mudah, cuma kena pastikan ada internet. itu je lah paling penting.
dalam AEON wallet apps, korang boleh gunakan fungsi tap & scan untuk pembayaran. lagi best bila ada kempen tertentu yang menawarkan cashback atau reward untuk transaksi yang layak.
bagi aku, kalau dah memang aku guna setiap hari untuk pembayaran harian, apa salahnya guna aplikasi yang boleh bagi manfaat tambahan kan? dapat lah topap balik duit beli jajan tu walaupun nilainya cuma seringgit dua.
Mission – Buat Tugasan, Dapat Reward
aku belek-belek AEON wallet apps ni, aku jumpa satu lagi fungsi yang menarik iaitu bahagian mission.
konsep dia lebih kurang macam aplikasi lain yang ada tugasan atau cabaran untuk pengguna.
dalam bahagian ni, korang boleh tengok mission yang tersedia dan cuba lengkapkan tugasan tertentu.
aku suka konsep macam ni sebab rasa lebih menarik bila ada target yang perlu dicapai. macam tengah kumpul achievement dalam game pula. 😂
macammana aku nak lengkapkan tugasan ni? mudah je. setiap kali pembelian di shopee, aku akan pilih pembayaran guna qr scan. dapatlah selesaikan tugasan yang macam dalam gambar bawah sekali tu. keluar duit beli barang di shopee, dan dapat semula cash. seronok tak?
Kenapa Aku Rasa AEON Wallet Apps Menarik?
AEON wallet apps bukan sekadar aplikasi pembayaran. dalam satu aplikasi, ada macam - macam yang korang boleh buat. paling penting, paparan comel kahkah.✅ urus simpanan melalui active pot
✅ buat pembayaran dengan mudah
✅ nikmati peluang cashback & reward
✅ menyelesaikan mission yang tersedia
Nak Dapat RM5?
🎁 Nak Dapat RM5?
Korang yang belum ada akaun AEON Bank, bolehlah cuba daftar sekarang. 😍
REFERRAL CODE
AB479808
kalau korang rasa entri ni membantu dan nak support aku sikit, bolehlah gunakan kod referral aku masa daftar.terima kasih banyak-banyak tau! korang pun akan dapat manfaat dan juga rm5 hehehe❤️
mungkin leceh sikitlah sebab perlu masukkan kod secara manual. jadi korang screenshot atau copy nombor siap - siap.
kalau korang ada pengalaman dengan AEON wallet apps ni, boleh lah korang kongsi dengan aku. kot ada fungsi lain yang aku belum tahu kan?






0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.