Dah Besar Rupanya

Dah Besar Rupanya

anak bonda dah kian mendekat dengan angka 2. dan bonda masih belum terjaga dari mimpi.
setiap kali menulis tentang anakanda, bonda akan selalu teringat saat anakanda berteriak; kali pertama keluar dari perut bonda. 

bonda memang tidak dapat melihat muka anakanda. hanya mendengar tangis nyaring. damai ~ 
bonda pun tak sedar diri waktu itu, lalok dengan ubat. maaf anakanda. 

semalam, selepas baba menjemput anakanda dari rumah pengasuh. baba kongsikan gambar anakanda bersama kawan. aduhai, sedih hati bonda. dah besar anakanda. hati bonda jadi tisu tiba tiba. 

bagaimanalah nanti, kesedihan bonda melihat anakanda pergi sekolah, bekerja dan akhirnya berkahwin dan tinggalkan bonda? 

tochingnya bonda T_T

semoga anak bonda jaga ukhuwah dengan nuh ya. semoga jadi kawan sampai bila - bila. yang penting jangan lupa bonda ya. bonda selalu ada pada setiap masa anakanda perlukan pelukan hangat. 

iloveyouusooomuchhhanakbondamasammmmmm 

Dah Besar Rupanya

Post a Comment

0 Comments