Ewa.. bule..
Ewa.. bule..
Teraju tigo..
Alaaa ewaa..
( Hidup kena berani langgar )
Ewaa bule…
( Baru jiwa tak dicagar )
Ewa bule..
( Realiti hidup kita )
Teraju tigo..
( Bergantungnya pada KITA )
Alaaa ewaa..
( Hidup kena berani langgar )
Ewaa bule…
( Baru jiwa tak dicagar )
Ewa bule..
( Realiti hidup mati )
Teraju tigo..
( Bergantungnya pada Hati )
Lara, berkali-kali dalam perjalanan,
Itu tamparan ujian dari perkenalan,
Antara kita dengan Hidup satu persinggahan,
Dan berapa banyak nikmat hirup kan jadi cagaran,
Amaran Tegas,
Di Dunia keras,
Seperti teras,
Faktanya pahit bila buta demi kertas,
Paparan jelas,
Cemas kerap menyinggah,
Saat ruang bernafas sempit bertelingkah,
Jadi,
Yang mana jatuh,
Ya usah lama,
Bangun dari hati rapuh jauh dari sgala drama,
Yang mana basuh,
Segala Hama Duniawi,
Semoga dipermudah demi bekal Ukhrawi,
Yang mana Jaguh,
Melawan arus kan tercabar,
Atur kelola “Lakhus” sudah pasti kami langgar,
Yang mana Patuh,
Setia saksama pada Satu,
Bersyukur APA ada yang adanya pada Aku,
Dunia pasti harmoni, Bila Budi di Utama,
( Dunia pasti harmoni, Bila Budi di Utama! )
Kertas wangi mengaburi, Sifat murni bersama,
( Kertas wangi dikaburi, ya Dollar Dollar bills ya! )
Tekanan,
Jadi peranan bila dugaan
Datang menelan jiwa,
Jalanan tempat bercakar bersalaman
Untuk kebanyakan musuh dah jadi teman
Al-Kisah, Tidak perlu dibukukan,
Semangat lusuh merusuh ku ubah kepada baru,
Yang dulu habis, Penyudahnya bukan dari satu,
Andai tersungkur jatuh, Usah patuh selagi berdaya,
Ramai yang ku lihat papa, Asalkan bergaya,
Mereka lalai, Dibelai kertas wangi,
Duniawi semata, Sambil mata geliga ditutupi,
Kata mendakap angan, Gema satu dunia,
Cuba kaji balik bangun jatuh andalusia,
Terang lagi bersuluh, yang benar mana satu?
Berapa banyak pintu?
Hanya dinding dan batu,
Hikmahnya Bersatu, Nahu dan spritiual,
Jati diri ini bukan untuk dijual,
Ala.. ewa..
Ewa.. bule..
Ewa.. bule..
Teraju tigo..

0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.