sabtu yang lepas, aku berkesampatan berjalan kaki sekitar pavilion. kononnya mengimbau zaman belum ada anak. sewaktu belum ada anak, jauh juga aku mampu berjalan kaki. salah satu sebabnya tempat parking kereta tu agak jauh. jimat sedikit nak bayar parking. kali ini bawa aisy sekali.
namun, ini bukan juga kali pertama aku bawa aisy. aisy dah beberapa kali juga turun kl merasa malam di kota. cuma di pavilion baru kali pertama. saja bawa sini, sebab nak tengok suasana kota dan memberi aisy rasa melihat lampu.
![]() |
maaf busy main stereng |
parking tak berapa jauh, tapi jauh juga. iwan mengambil pendekatan untuk tidak gunakan stoller. memang bernasib baik kerana itu adalah pilihan tepat. dah penat berjalan ~
eskalator yang kami akan gunakan untuk naik ke pusat beli belah pavilion, rosak! nasib iwan menggunakan carier untuk membawa aisy. aisy seronok sahaja melihat gelagat orang ramai. ada masa dia akan 'memyentuh' orang sekitarnya dengan harapan orang berkenaan akan menegurnya (yang penting bukan aku lah, sebab dia lagi suka dengan orang lain. hahahaha).
aisy memang peramah. jika diberi pilihan untuk aisy memilih, dia akan lebih memilih orang luar berbanding aku. gamaknya, muka aku sudah membosankan. itulah, sampai ada orang lain (yang aku malas sebut namanya disini), claimed yang aisy lagi suka dengan dia berbanding bonda. lah kau ni, beria. hahahaha. anak aku peramah lah setan. marah ni! kau je perasan. bukan dengan kau je dia 'baik', dengan semua orang dia 'baik'. kau rilek je.
![]() |
aisy teruja melihat sekeliling |
aku perlu melalui pusat beli belah dahulu untuk berada di sekitar air pancut yang terletak di hadapan pintu masuk pusat beli belah pavilion. tak kedip mata aisy memandang air pancut yang terhidang di depan mata. sekaligus meraikan keramaian yang tak kungjung susut. melompat - lompatlah aisy di atas carier itu.
![]() |
sebelum |
![]() |
selepas |
tengok lah gambar sebelum dan selepas tu. memang tak duduk diam ya. sikit pun tak rasa mengantuk. padahal aisy selalu tidur jam 10malam. kali ini tidak, jam 10malam masih di kl bergembira. hehehe. mudahnya anak bonda. takde nak menangis langsung. seronok dia. cuma geram sebab budak ni tak suka pakai cap. padahal bapaknya pakai cap, dan dah pakaikan cap dekat aisy sedari bayi ya. tapi dah besar, dia ada pilihan sendiri pula nak cabut cap. geram aku! rasa nak cubit pipi kokak je. hahahaha.
![]() |
kena paksa pakai spec mata |
lepas jalan - jalan sekitar pavilion, aku dan iwan berjalan - jalan pula dekat kedai toys. masyaallah cantik sekali. tapi harga tengok jela ye. patung kecil pun dah harga sampai 40 hengget. tidak lah aku nak beli. rasa macam membazir. tunggu macam ada duit banyak sikit, baru lah rasa 40 hengget tu kecil nilainya.
![]() |
baba dan aisy bergambar |
tak aci rasanya. aku tak ada pun gambar berdua dengan anak. hahahahahhaa. geram lah macam ni. aku tak ada gambar OOTD. bapaknya pula sibuk nak bergambar. hahahahaha nak show off kasut. geram. hahahahahahahha tak aci!
nanti baba dan bonda bawa aisy jalan - jalan lagi okay? semoga anak bonda membesar dengan sihat, jadi orang berguna, mudahkan urusan bonda dan baba. bonda dan baba selalu sayangkan aisy. ily anakku.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.