Puisi: Dari Kawanmu (Untuk Ahmad Hamzah)

 
Puisi: Dari kawanmu (Karya M.Emir)

Dari kawanmu
    - Selepas Ahmad Hamzah
“Saya, Ahmad Hamzah bin Azrul amatlah
berbangga dengan kejayaan M. Emir.
Saya juga berharap M. Emir berjaya
dunia & akhirat”
Tiap kali aku membuka
Buku perancangan hidup
Yang kucatat segala-galanya
Tentang apa atau bagaimana harus
Aku kuat dan mengorakkan Langkah
Agar terus maju – aku teringat pula
Satu peristiwa ketikanya ketika
Aku sedang menulis diari. Kau mengambil
Buku itu – lalu menuliskan sesuatu sonder
Kebenaranku. Hari ini, aku membukanya lagi &
Mengaminkan doa-doamu. Moga-moga kita
Lebih mengenal maksud syukur & insya-Allah
Tak akan kufur meski uzur.

Hari akan terang.
Hari akan terang.
Hari akan kudus.
Hari akan tulus.

Oleh: M. Emir

Post a Comment

0 Comments