Membazir Beli Magnetic Eyelash

Membazir Beli Magnetic Eyelash

jujur aku cakap, aku memang tak pandai sangat nak guna guna bulu mata palsu. pernah lah guna zaman dulu. itu pun masa photoshoot dan orang yang pakaikan. kalau pakai sendiri memang kelaut lah. konon nak upgrade diri sendiri. nak nampak cantik sikit bila ambil gambar. 

lah. sekali dah beli, macam tak pandai langsung nak guna. aku beli yang magnetic punya. sebab adik ipar cakap 'senang nak guna'. sekali aku guna, kelaut juga. bulu mata original aku memang pendek. agaknya sebab tu, bulu mata palsu tu tak melekat antara bulu mata aku. hahahha. 

Membazir Beli Magnetic Eyelash

bila aku cuba guna, bulu mata aku kekal begitu. yang melekat cuma bulumata atas bawah tu. kan kena pakai 2 kan? atas dan bawah. yang itu dia melekat antara kedua. pelik je. 

magnatic tu dia lekatkan antara atas dan bawah. sebab tu sepit nya pun ada 'up' and 'down'. kena lekat kan bulu mata palsu dekat bahagian atas dan bawah tu. lepastu letak dekat mata dan klip kan. aku buat tak jadi! yang melekat bulu mata palsu atas bawah tu. HAHAHHA. 

aku terus call adik aku tanya "ko nak tak bulu mata pelsu?" . dia jawab "ko nak bagi boleh la."

ya. sekarang rasa membazir beli magnetic eyelash. lagi 1 benda yang tak patut aku guna dan beli ialah contact lens. kahkah! 

Post a Comment

2 Comments

  1. Pertama kali seumur hidup pakai bulu mata paslu waktu kahwin dulu. Tulah pertama dan cukuplah terakhir kali rasanya. Sebab tak biasa jadi kurang selesa kat bahagian mata tu.

    ReplyDelete
  2. Samalah kita bulu mata pendek. Tengok orang pakai nampak senang je kan. Bulu mata palsu pakai masa tunang, nikah dan majlis je lah. Nak pakai sendiri memang tidaklah. Leceh dan tak selesa. Okaylah tu bagi orang dari kita tak guna.

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.