Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

aku rasa, ini mungkin entri terakhir berkenaan raya, makan raya, dan apa - apa sahaja berkaitan raya. aku buat penutup di rumah aku (tiber). baru ada masa nak masak, kalau tidak asyik makan di rumah orang je kan? 


Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan


Kali Pertama Jemput Kawan - Kawan

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

kalau ikutkan ini kali pertama aku masak - masak dan buat jemputan untuk kawan - kawan. dekat rumah lama, ada juga aku buat. tapi lebih kepada 'kawan' pejabat sahaja. selain dari kawan tu, tak ada. kiranya ini kali pertama aku masak banyak. 

jangan terkejut lah eh? sebab entri masak - masak sebelum ni memang iwan ambil alih. kali ini aku yang masak. iwan pun tak terkecuali. aku minta tolong masakkan mihun goreng memandangkan masa keluarga blah iwan datang ke rumah, mihun tak cukup! taka puas makan tau. 


Masak Sup Macam Nak Buat Mandi

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

aku bangun seawal pagi bukan dari kebiasaan dan siap memasak semua termasuk mandi dalam jam 12 macam tu. aku tak sangka pula, rupanya sup yang aku masak tu boleh buat mandi. aku fikir, kalau kita masak sup sepenuh - penuh periuk barulah orang dapat makan dengan aman. aku takut kalau sup tu kering bila orang sedap mengaut. rupanya! hahahah. aku tengah buat kelakar. iwan cakap "ingat separuh je rupanya penuh periuk dia masak" (kepada semua tetamu yang hadir. hahaha)

manalah aku tahu cara nak agak. aku pun tak pernah meniaga. hahahahaha. 


Menu Ringkas Je

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

kalau korang nak tahu, aku buat jemputan kepada kawan - kawan tu dalam pukul 1 pagi kot dengan bantuan chatgp. aku minta bantuan chatgp sebab aku nak tulis open house. tapi macam tak layak pula. menu pun ada 1 je. 

jadi chatgp lah tolong buatkan ayat untuk aku. 

Assalamualaikum 
Jemput Lepak & Makan 🍩

Saja nak ajak kawan-kawan datang rumah, borak-borak, isi perut. Lama tak jumpa!

Tarikh: Sabtu, 26 April 2025
Masa: 2.00 petang (lepas Zohor sampai makanan habis)
Lokasi: [112, Blok 4, Masuk Simpang Kedua – masuk ikut pintu belakang ya hehe]


Menu simple tapi ikhlas dari dapur:
Mihun sup utara, mihun singapore, puding roti, laici kordial, buah oren & nugget.
🍊🧈🍮

Kalau free, singgah la.

Terima Kasih Semua

tetamu yang hadir tak ramai pun. lebih kepada syok sendiri. hehhee. kebanyakkan jemputan ada urusan masing - masing. lagipula, sabtu ahad memang semua orang sibuk openhouse tau. maklumlah minggu terakhir raya. semua berkejaran!

aku selitkan gambar - gambar tetamu yang memeriahkan majlis lepak dan makan di rumah aku. 

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
tetamu pertama; 3.30pm

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
tetamu kedua dan ketiga; around 5pm / 6pm

kelakar ya? aku chat mira last minute sangat. hahahha. dalam pukul  4 lebih. mira pula tengah free. cuma dia akan pergi dengan afiqah selepas habis traning. punya nak support member pakai tudung sarung, mira pun sauk tudung sarung. yang penting kening lukis supaya tak jadi kentang! 

itulah rahsia orang yang jual tudung sarung tapi laku keras. sebab dia mekap lah. cuba kalau model tak mekap muka kosong begitu je sarung tudung. komfem tak lawa. hahaha. aku pun lepas mekap pakai tudung sarung. helok tau ! hahahah cubalah tips ni. cuma kena rajin sikit. 

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

iwan borak dengan suami kak syu. lah dulu sekolah rendah sama - sama lah kot. cuma, tak perasan kewujudkan masing - masing. umur pun sama. sekolah pun sama. hahahaha. tinggal pun di tempat sama. mungkin boleh buat sesi lain kot lepas ni? 


Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
tetamu ke empat

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
tetamu ke lima; 8pm


fina hadir ketika tetamu ke empat masih dirumah aku. tetamu ke empat adalah mak ude dan anak - anak. diorang dari aeon shah alam dan kebetulan pula dekat dengan rumah. diorang singgah minum je. tak makan pun sebab iwan lambat call. diorang semua dah kenyang makan. hehehe. 

fina dari tasik biru. jauh benar perjalanan dia haritu. terima kasih sebab luangkan masa singgah. heheh. 


Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
tetamu ke enam

selepas itu tetamu ke enam tiba dan membuat onar. heheeh. bising sungguh mulutnya. tetamu ke enam adalah adik aku; syazwan sekeluarga dan mak ayah mertua. mak ayah mertuanya singgah sekejap dan selepas makan, diorang berangkat pulang ke rumah. jadi tiada gambar. hehehhe. maklumlah, gambar pun ambil waktu tetamu nak balik; bukan dari awal tetamu tiba. 

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
tetamu ketujuh bersama rakan

tetamu ke tujuh tiba di antara ke ramaian. dah nak balik, baru aku tahu dia datang naik grab. hahahaha. kesian dia tak ada transport. lepastu buat - buatlah tanya abangnya pun "ko balik naik apa?" .  adik aku pun laju jelah jawab "naik abang" AHAHAHHA. 

2 tetamu terakhir ni semua kena paksa makan. maklumlah sup pun boleh buat mandi. sikit lagi aku nak tambah mihun lagi sebungkus. nasib baik iwan cakap "jangan dulu, kalau dah nak habis baru tambah" HAHHAHAHA. kalau tak, dengan mihun mihun boleh buat mandi. 

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
kaknoi dan aisy

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
aisy sepahkan rumah sementara menunggu tetamu hadir

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
maroh maroh

adik aku yang ni, bila balik dia bungkus air. alasan sebab nak lepak dekat rumah kawannya yang duduk sebelah tu. member tu pun bungkus banyak. boleh lepak sampai pagi. hahaha. 

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
syazwan jaga anak selepas tidurkan aisy

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
gambar tak jadi. taktahu nak lompat ke apa

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan
sementara menunggu fina berbual, aku suruh iwan ambil gambar elok - elok

itu sahaja lah buat masa ini. hehehe. nantikan entri lain pula selepas ini. teruskan membaca dan stay di kanvas dakwat! 

Post a Comment

5 Comments

  1. Replies
    1. tu lah. mungkin ada yang tak dapat hadir sebab ada masalah peribadi yang tak dapat nak elak. hehehe

      Delete
  2. Okey... uncle tergelak sampai bunyi baca tajuk Masak Sup Macam Nak Buat Mandi tu... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAH. first time masak untuk ramai ramai hahaha. mana lah tahu perlu buat separuh je dari periuk tu. hahahaha

      Delete
  3. wahhh best best berkongsi rezeki dgn family dan kawan2...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.