Sedap Ke Makan di Richiamo Coffee?

Sedap Ke Makan di Richiamo Coffee?

cerita dah basi tapi bolehlah publish dekat sini. hehehe. 2 hari lepas iwan mengemas rumah, tu aku tanya dia. penat tak? kalau penat tak payah masak untuk berbuka. kita makan luar je. dan iwan pun bersiap - siap. 

aku balik kerja terus ambil anak dan ambil iwan dekat rumah. masa tu dah pukul 6.00petang. syukurlah tak hujan seperti sebelum - sebelumnya. 


Richiamo Coffee Susah Nak Respon

aku ni punya lah takut dekat kafe tu ramai orang. aku contact sana sini; dekat facebook, instagram, whatsapp, call. semua tak berjawab. hari dah berlalu barulah nak reply. makanan pun jadi taik. huhu 

mula - mula ingat nak pergi kafe yang dekat seksyen 7. maklumlah yang paling dekat dengan rumah; seksyen 16 tu dah tutup ganti dengan muiz ayam kot. jadinya pergilah yang dekat sacc mall. 


Menu Daging Masak Lemak Dan Ikan Kembung Asam Pedas

Sedap Ke Makan di Richiamo Coffee?

sebelum ni iwan memang ada request nak makan asam pedas la, masak lemak la. tu teringat dekat richiamo hehe. 

Sedap Ke Makan di Richiamo Coffee?

cuma nak bagitahu, memang cawangan dekat sacc tu tak ada orang langsung dan macam hambar sikit. nak borak pun segan. dekat sangat dengan kaunter. hahaha. tapi boleh nak lepak, cuma suara akan kuat dan bergema. hahahaa

aku suka dia punya asam pedas dan masak lemak. hehehe. cuma tak bagi rate lah. sebab soalan aku sedap ke tak? aku jawab lah sendiri; sedap!

Sedap Ke Makan di Richiamo Coffee?

tahu tak? balik je dari sacc mall, malam tu tidur. setiap jam lah si anak ni menangis. agaknya tempat sacc mall ni 'keras'. ni kali kedua dia asyik menangis selepas dibawa ke sini. hmmm ~

Post a Comment

0 Comments