mesti ku nanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang
menghiasi malam
malam yang menutup diriku
berapa lama
perlu ku tunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi
penantian satu seksa
yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu
kepastian satu penawar
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.