Rindunya kampung halaman
Teringat ayah bonda
Rasa rindu nak bersua
Terkenang masa silam
Air mataku bergenang
Rindu rasa kampung halaman
Sebulan berpuasa
Dan kini syawal menjelma
Hari yang bahagia
Kita raikan bersama
Di pagi yang mulia
Sujud di kaki bonda
Ampun maaf dari anakanda
Selamat hari raya
Salam untuk semua
Hari yang bahagia
Lupakan segalanya
Di pagi yang mulia
Kunjungi sanak saudara
Bermaaf dan maafan
Sesama kita semua
Tak lupa yang tiada
Ku pohon dan berdoa
Semoga kekal tenang di sana
Selamat hari raya
Salam untuk semua
Hari yang bahagia
Lupakan segalanya
Selamat hari raya
Salam untuk semua
Hari yang bahagia
Lupakan segalanya
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.