Semua sibuk berhias
Riuh rendah, riuh rendah
Suasana hari raya
Hari raya, hari raya
lupakanlah sengketa
Bersama raikan syawal yang terindah
Hari raya dah dekat
rumah masih tak elok
Isteri sibuk memasak,
suami asyik terlelap
Janji nak tolong sama,
tapi sibuk bertiktok
Akhirnya rendang hangus
kuali jadi gelap
Begitulah raya sentiasa ada cerita
Asam garam hidup bila berdua
Hari ini gaduh, esok senyum semula
Walau marah masih lagi bermesra
Hari raya, hari raya
Semua sibuk berhias
Riuh rendah, riuh rendah
Suasana hari raya
Hari raya, hari raya
lupakanlah sengketa
Bersama raikan syawal yang terindah
Rendang pun mula hangus
Isteri hey mula mengamuk
Selamba dia menjawab:
“Abang tak sempat tengok”
Aduh ni satu hal lagi
Belum sempat beraya
Dah kena bebel lagi
Dengan isteri
Begitulah raya sentiasa ada cerita
Asam garam hidup bila berdua
Hari ini gaduh, esok senyum semula
Walau marah masih lagi bermesra
Hari raya, hari raya
Semua sibuk berhias
Riuh rendah, riuh rendah
Suasana hari raya
Hari raya, hari raya
lupakanlah sengketa
Bersama raikan syawal
Hari raya, hari raya
Semua sibuk berhias
Riuh rendah, riuh rendah
Suasana hari raya
Hari raya, hari raya
lupakanlah sengketa
Bersama raikan syawal yang terindah,
Bersama raikan syawal yang terindah
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.