Buat Kejutan Untuk Adik

Buat Kejutan Untuk Adik

minggu lepas hari lahir adik bongsu. dari sebelum tiba hari itu, adik bongsu tak habis - habis beritahu dan mengingati semua orang tentang hari lahir. nak minta hadiah lah tu. disebabkan minggu lepas adalah hari dimana aku dan iwan duduk di rumah, aku minta ahli keluarga aku berbuka di rumah. lagipula tahun - tahun sebelumnya tiada acara berbuka puasa dirumah aku. hehhe



Keluarga Berbuka Di Rumah 2025

Buat Kejutan Untuk Adik

pada hari berkenaan, apan lah yang bawa mak dan budak - budak datang rumah. setiap kali cuti memang apan akan balik rumah. dia belajar di johor. aku lupalah apa nama; macam ikbn tu lah. lokasi lupa. 

adik bongsu bukan main lagi, pakaian nya macam princess. ayah tak datang sebab ehem ehem. malas nak cakap hahaha. jadi ayah datang awal kirimkan kek adik. 

Buat Kejutan Untuk Adik
baby sitter


Selamat Ulangtahun Hari Lahir Adik Bongsu

Buat Kejutan Untuk Adik

adik cakap dia nak kek unikorn. tapi ayah beli kek elsa. boleh lah kan? sebab selama ni memang budak ni suka dengan elsa. tiba - tiba acah tak suka pula. tapi tengok muka, dia macam okay je kan? 

Buat Kejutan Untuk Adik
mak cium adik

aku tanya dia, adik nak apa? dia jawab nak warna. lah ~ padahal dia dah dapat warna dari mak. mak belikan di shopee. adik bongsu nak warna sebab kakak dia sorang tu dapat warna sampai 80 batang. hahha. dia pun nak. pada hari kakak dia dapat pun, dia dah banyak kali cakap. dia nak warna sama macam kakak. macam - macam lah. 

mak duduk atas kerusi roda sebab; ada satu kejadian mak jatuh tergelincir. aku lah tu puncanya. aku ketuk pintu. mak aku kononnya selepas solat subuh nak buka pintu untuk aku. tapi tak sampai pintu, mak jatuh dulu depan bilik tidur. mak siap mengengsot sebab nak orang nampak keberadabannya. sebab tu agaknya bahagian peha dan lutut rosak. sebab memaksa luruskan kaki. kesian mak. ujian ~ semoga mak cepat bersambung tulang dan boleh berlari semula~ 


Anak - Anak Mak

Buat Kejutan Untuk Adik
mak bergambar dengan anak - anak. 

ada sorang tak ada; syazwan. hehehe. dia busy berbuka di kampung sebab mengemas nak sambut syawal. tak apa lah, next year lah insyallah. 


Menu Berbuka Puasa 

kebanyakkan yang masak ialah iwan. aku jaga anak je. hehhe. aku cuma buat sambal ketuk yang tak berapa nak jadi kerana kekurangan bawang dan cili. walaupun kekurangan rasanya, dah nak habis dah pun duduk dalam peti. hehehe

minta maaf cakapm gambar tak estetik. cuci mata jelah ye. 

Buat Kejutan Untuk Adik
ayam mcd

Buat Kejutan Untuk Adik
air bandung cincau. cincau mendap

Buat Kejutan Untuk Adik
sambal ketuk tak jadi

Buat Kejutan Untuk Adik
cendawan masak sos tiram

Buat Kejutan Untuk Adik
kangkung goreng

Buat Kejutan Untuk Adik
ikan siakap masak 3 rasa

selepas makan berbuka, diorang habiskan masa sama - sama tengok movie lama. yang lead tu ayuni lah tu. tengok cerita dia. hahah . layan jela semua orang. tak boleh nak buat apa. 

oh lupa; ayuni bawa air soya. tapi soyanya duduk dalam peti. siapa suruh tak tanya. iwan pun lupa. sudahnya jadi air aku dan iwan berbuka semalam. hehehhe

kawan ayuni; nor pula ada bawa roti john. 

Buat Kejutan Untuk Adik

Buat Kejutan Untuk Adik

sekian sahaja cerita aku untuk hari ini. kalau ada lagi, aku tulis lah. hehehhe.



selamat hari lahir adik ku. semoga menjadi adik yang berguna untuk keluarga. terima kasih sebab adik selalu bantu kakak. jaga baby, ambilkan barang, cucikan botol baby dan lain - lain. terima kasih tetap melayan kakak mu yang perangai begini. ily. 

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.