puasa setahun sekali. tapi macam dah lama sangat tak berbuka bersama kawan - kawan pejabat.
Dapat Solat Berjemaah
untuk kali pertama, aku merasa solat berjemaah bersama rakan sepejabat. selama ni tak pernah pun walaupun pada hari majlis berbuka puasa. kali ini berbuka puasa di pejabat dengan bilik training yang baru dan lebih besar serta luas; berwajah baru.
memang dapat memuatkan semua staf dalam saf masing - masing; lelaki dan perempuan. alhamdulillah. cuma ketiak aku panash sikit sebab penghawa dingin baru dihidupkan disamping pintu bilik dibiar terbuka.
selalunya bilik training ni paling sejuk tau. kali ini lambat pula sejuknya.
Banyak Makanan
aina yang datang dari mana entah, mengalami jammed teruk; sehingga mengambil masa 2jam untuk sampai ke halal academy. katanya malu datang sini tak bawa apa - apa. jadinya aina ada bawa sedikit buah tangan dari kfc yang dibelinya di lotus sebelah halal academy.
kak syu dan kak dian. mereka mengadakan meeting di halal academy sekali gus menyertai acara berbuka puasa bersama staf yang lain. tak dapat duduk semeja dengan kak syu kerana kak syu menyerti uncle, aku hanya duduk bersama kak dian yang duduk di meja depan aku.
kak dian berkongsikan pengalamannya tentang anak. sedikit sebanyak mengajar aku tentang anak dan kehidupan.
antara makanan yang dipesan oleh kak niza ialah laksa johor, kari kepala ikan, nasi putih, telur dadar, ulaman, ayam sambal lagi apa ya aku lupa.
Laksa Johor Sebagai Makanan Utama
aku ingatkan laksa johor tiada dalam senarai kerana sebelum ini aku ada mendengar kak niza dan mira berbual sesama sendiri tentang menu yang bakal dipesan pada hari majlis berbuka nanti. rupanya laksa johor tak terkecuali selepas aku bertanyakan sendiri kepada kak niza.
pada hari majlis berbuka puasa. aku telah menjadikan laksa johor sebagai makanan utama kerana lebih risaukan takut makanan itu habis. ternyata, laksa johor tak begitu digemari staf halal academy. dapatlah sedikit rezeki aku untuk membawa nya pulang. hehehe
selain itu, antara makanan 'ringan' yang disediakan ialah tahu bergedil yang juga merupakan salah satu makanan yang aku suka. cumanya, sambal agak sedikit manis dan tak sedap di lidah. aku ni bukan penggemar manis, kerana itulah aku tak begitu meminati sambal nya. namun, tahu bergedil ini lulus dan pass sedap! kalau panas - panas lagi sedap agaknya?
pencuci mulut yang tersedia ialah puding roti yang dimakan bersama ais krim dan juga buah anggur hijau yang sedikit masam. aku akui, puding roti bukan kegemaran aku namun kadangkala ada hari yang dimana aku begitu ingin memakannya.
kali ini puding roti ini tidak dimakan bersama kuah bewarna kuning cair yang mungkin susu kalau tidak silap? kali ini puding roti ini dimakan bersama ais krim. menjadi kan puding roti ini lebih segar dan lebih sedap. tidak terlalu manis kerana kemanisan ais krim telah meliputi puding roti. aku hanya sempat makan seketul sahaja puding roti kerana perut sudah terlalu penuh dan mampat!
Sponsor Air Cocktail
aku rasa aku memang sangatlah jarang menghadirkan diri sebagai penyumbang apa - apa dipejabat. kali ini aku tak mahu terkecuali. aku ambil bahagian untuk sponsor air cocktail yang juga minuman kesukaan aku.
kenapa aku pilih air cocktail? kerana selama membeli di pasar air cocktail hanya rasa sipi - sipi. rasanya seperti celupan dari bekas lain. faham tak apa aku rasa? jadi aku minta iwan bancuhkan air cocktail sesedap rasa tekak aku. memang rasanya ngam dan penuh lemak berkrim. tak muak di tekak aku. tekak orang lain aku belum tanya.
cuma sedikit frust bila buah - buahan yang diletakkan didalam air dipenuhi dengan longgokan ais. sudahnya, aku hanya dapat minum airnya sahaja. nasib baik lah, balang air itu memang kepunyaan aku. dapatlah aku habiskan isinya dirumah. puas hati ~
Rahsia!
bila teringat moment semalam, betul - betul rasa berdosa. sampai hari ini, aku belum maklumkan pada pemiliknya. mesti pemiliknya rasa sedih. sebab aku pun rasa sedih kalau orang buat aku macam tu.
sewaktu aku mengemas - ngemas, aku ambil inisiatif untuk membasuh bekas air kepunyaan elyn. aku sangka tong air itu dipenuhi dengan longgokan ais. aku pun dengan penuh yakin telah mencurahkan semuanya ke dalam toilet. tak sangka rupanya yang keluar adalah longgokan ais dan buah laici serta hirisan oren :( . banyakkk ~
nak menangis aku. kan boleh buat makan. tapi aku dah terbuang semua dalam lubang jamban. aku terpaksa flush banyak kali dan terpaksa kutip - kutip dalam lubang jamban keluarkan balik sebab takut jamban tersumbat. hmmm
tu air sunset laici katanya. maaf elyn!
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.