sebenarnya semalam nak berbuka di rumah mak aku, tapi itulah. hahaah. adik aku ajak mak aku berbuka dekat rumah dia; katanya mak mretua datang. k~ merajuk lah weyh. hahahaha. kesian laki aku semangat nak masak. hahahahahaha. aku cakap dekat iwan cuba whatsapp cikjue, haritu cakap nak berbuka dekat sana.
terus lah iwan whatsapp cikjue dan call ayah.
Berbuka Makan Tempoyak!
masa aku sampai tu, cikjue dah nak siap masak. ada tinggal sikit - sikit. aku pun tak tahu nak tolong apa. hehehe. dapur orang takkan tiba - tiba nak cari pisau potong sayur. itupun kalau ada sayur terbiar belum siap, baru aku tanya. nak dipotong tak? nak potong macammana?
tak kisah lah kalau mak mertua aku cakap dalam hati "pandai masak ke tidak budak ni?" hahaha. tak apa, asalkan aku tak bersalah hahaha.
semalam dapat makan sambal tempoyak sedap. cuma manis lah. aku rasa tu macam manis gula. hahaha. aku ni macam anti sikit dengan makanan ada gula. kahkah. petai tak makan, sebab petai tu belum masak. tapi pedas giler weyh. mengalir air mata.
Daging Dendeng Masak Asam Pedas
memang gu lah kan, asam pedas makan dengan telur dadar. yummy. bertambah - tambah kuah aku letak atas nasi. macam tak cukup. kuah memang pekat gila. sedap. mak mertua aku kalau masak memang A. sama sedap macam mak aku. hehehe. kalau dia masak, memang ngam.
Kena Sumbat Dengan Cekodok Pisang
waktu dah berbuka tu, anak nangis. terpaksa la aku duduk dekat bawah, abaikan dulu makanan tu. bila budak tu dah diam, aku duduk la join diorang berbuka. lah, hahahah mak mertua aku sumbat cekodok. ahhaha dia takut aku tak makan. dia kata sedap ni. hahaa. ya sedap . aku dapat makan 4 5 ketul je, sebab kenyang.
ini lah makanan yang iwan masak semalam. ikan masak 3rasa tapi tak berapa perfect lah. sebab nenas tak ada. hehehe. tapi overall sedap. semua sedap. alhamdulillah. iwan request nak makan masak lemak. cikjue kata okay. kita tunggu la weekend nanti.
harini aku berbuka apa yang ada dalam peti ais je. banyak sangat makanan. baik habiskan sebelum membusuk. semua rezeki tak boleh biarkan membazir.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.