Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

selepas seronok dapat duit lebih, terus aku ajak iwan pergi cari baju dia yang masih belum cukup. dia tanya aku nak pergi mana? ada 3 option dia bagi; bukit bintang, sunway pyramid, dan one utama. dengar one utama je aku rasa rasa sakit kaki. dah boleh bayang betapa jauhnya masyaallah perjalanan aku dari 1 kedai ke 1 kedai. itu belum lagi nak balik cari parking kereta. mengomel tak habis. 


Cari Baju Raya di Pavilion

minta maaf cakap. pencarian baju raya tak ada dalam entri ini pun. sebab lebih kepada jalan - jalan sahaja dari satu kedai ke satu kedai. biasalah, bukan nak cari baju kurung / baju melayu pun. nak cari tshirt je. aku tak perasan pula ada ke orang jual baju kurung/ baju melayu booth tu. sebab memang tak mencari yang itu. 

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

sampai pavilion dalam pukul 6petang macam tu. benda pertama mestilah kena booking tempat berbuka. hehhee


The Chicken Rice Shop Fully Booked

aku masuk kedai TCR. dia tanya nak order apa. aku tanya "boleh lagi ke nak booking?". dia jawab "oh dah penuh". eiii lah. geram je. terus lah aku pergi kedai sebelah punya sebelah. sebelah TCR tu dolly dim sum. aku tak minat. tapi penuh juga lah.

terpaksa makan kedai yang tak berapa ramai orang. pizza hut sahaja. masih banyak kosong. bedal je la eh janji ada. 

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang
geram dia. hahaha 

saja aku post 4 gambar yang sama. tapi engkorang tengok la budak kecil itu. hahaha. dia tak duduk diam tau. dia macam geram dengan makanan yang banyak. kenapa aku tak dapat. hahaha. kesian. 

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

Balik Tangan Kosong

sudahnya, selepas berpusing di sepanjang tingkat 5 dan berjalan di H&M dan Uniqlo. balik dengan tangan kosong. tak berapa nak kosong lah, ada juga dibeli. tapi bukan seperti yang di bincangkan. hahaha. beli stokin dan topi baby. alahai anak bonda. hensem dia pakai topi. kena beli juga topi untuk dia. biar hensem selalu. hehehe

harini sambung lagi 'memancing' sampai jumpa 'ikan'. letih ~

Post a Comment

0 Comments