aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal kisah sadis ni. bukan tentang aku pun. ia sekadar meluahkan perasaan dan menulis bagi orang lain baca. tentang majikan - majikan iwan yang bullshit. disebabkan aku cuma nak menulis satu kisah je, ia mungkin akan jadi majikan iwan. bukan 'majikan - majikan' walaupun semua cerita boleh je aku tulis dalam 1 blog post. ni pasal majikan restoran/ kedai makan.
Sibuk Nak Resume
aku tak faham kenapa semua majikan yang mencari pekerja akan minta resume lebih - lebih lagi cuma kedai makan biasa. aku okay je nak minta resume. yang tak menahan tu, minta resume. bila dah tulis pengalaman tiba - tiba "maaf kami tak mampu bayar awak segini segitu. kami cuma mampu bayar awak banyak ni je". lah. kalau nak bayar orang punya tenaga bukan pengalaman, usahlah beria minta resume. cari lah pekerja yang tiada pengalaman dan bayarlah murah.
tu lah tu. nak pekerja yang bagus tapi nak bayar sikit. melayu ~
apa yang aku perasan. semua kedai makan/ restoran yang iwan kerja, mesti ada isu pasal bos. tak menahan tu, nak jadi bos. ada duit buka kedai makan. lepastu tak tahu apa - apa pasal memasak. umpama kisah jofliam tu lah. dia pandai buat pizza. pizza dia tersenarai dalam top 99. lepastu dia claim '99 best pizza chef in da world 2024'. nak cakap pandai masak, aku pun pandai masak. aku chef ke tu? HAHHAHA.
Laki Bini Jadi Bos
yang jadi rumit bila, laki bini nak jadi bos. letih weyh. perempuan kalau jadi bos kau tahu lah dunia jadi apa. lelaki pulak; bila baru jadi bos, kau tahu jela macamana. nak kena melayan dua - dua punya kepala angin. okay berbalik kepada isu yang aku nak ketengahkan.
masa interview, iwan di interview oleh bos perempuan. katanya gaji rm1,800 dan cuti 1 hari pada setiap minggu. hari apa tu tak pasti lagi. tapi 1 minggu memang dapat 1 hari cuti. okay settle. rupanya, bila dah masuk kerja, cuti tu nan hado. rm1800 tu adalah bekerja sebulan tanpa cuti. jadi 1800 tu bahagi la 30 hari (senang kira 1 bulan = 30 hari). 1 hari dapat la rm60. rm60 tu zaman apa weyh?
jadi, setiap kali nak cuti, memang kena cuti sendiri la. kedai memang tak pernah tutup langsung. alasan sebab kedai baru buka. konon bosnya baru nak meninjau keadaan. nak tahu, hari apa dan pukul berapa pelanggan ramai. masalahnya; tinjauan ni dah makan banyak bulan tau. apa entah yang ditinjau. harey betul.
fyi, pekerja diorang semua orang luar. cuma iwan jela melayu. oh ada seorang orang kelantan, budak tu budak baru. berdua jela orang tempatan. memang bos kerah diorang kaw kaw eh.
Tambah Masa Bekerja
awal - awal dulu masa kedai baru buka, katanya mula jam 7pagi - 12tengahari macam tu. lepastu tukar pula jadi 2petang. lepastu entahlah asyik tukar - tukar. paling latest, katanya nak buka sampai 3petang. paling best, bila waktu operasi sampai pukul 12tengahari. tapi disebabkan hari tersebut sales kurang, waktu kerja bertambah sampai pukul 1 atau 2 petang. selalu sangat ek jadi. menyampah aku. tapi gaji banyak tu je tak ada tambah - tambah.
yang pasal pekerja orang luar tu kan. katanya bos minta diorang buat kuih. mungkin dari 3pagi macam tu. lepastu balik pukul 12. dah lah orang tu tukang masak, tambah masa buat kuih. gaji dia bagi dalam rm100 je weyh. tukang masak dari pukul 7pagi - 12tengahari + buat kuih dari pukul 3. HAHAHHA. kejam tak kejam?
kalau bos tu terdengar pekerja dia nak balik ontime sebab ada kerja partime lain, mesti dia cakap "ko tak payah la kerja partime tu, ko kerja buat kuih aku tambah gaji kau" (yang tak seberapa tu).
Tak Dapat Makan
aneh eh kalau kerja kedai makan tapi tak dapat makan? mak aku dulu kerja kedai makan juga; kenyang je. iwan kerja kedai makan, macam pengemis nak minta makan. hahahha. bos bagi makan, tapi makanan tu tunggu tak habis baru makan. lebih kurang begitulah. kalau kata, lapar sangat. dia ambil la kerak ayam/ roti bakar hangit yang tak jadi. nanti bos dia tanya "wan, asal makan macam tu. buat la roti baru". tapi, kalau kata ada hari yang dia bakar roti baru, bos tanya - tanya "siapa punya ni" macam nak tulis dalam buku 3x5 sebab berhutang roti. kahkah.
kesian ek~
lepastu bos ni macam suka sedekah tapi lebih suka sedekah dekat masjid. sebab 'masjid'. pekerja lapar tak apa, masjid lebih memberi impak. HAHHAHA.
Bos Perempuan Buat Leceh
perempuan kan suka tempat kemas. lepastu dia menyibuk dekat dapur, bising - bising. dia kata kenapa garam letak sini, kenapa periuk letak situ (contoh). yela, yang tahu susun atur nak masak ni cuma tukang masak. dia yang nak masak dan mudahkan dia. kalau tempat masak dekat penjuru kanan tiba - tiba garam dekat penjuru kiri, jadahnya. sebba bos tu kata 'bersepah'. kalau nak masak, kemas susun atur, masak sendiri yela tak? boleh cermat - cermat.
Tak Dapat Cuti Raya Cina
setiap kali nak cuti, memang iwan dah inform bos dia awal - awal. pasal cuti ni pun satu hal. dah bagitahu bos lelaki, bos perempuan pula tak tahu. dah bagitahu bos perempuan, bos lelaki pula tak tahu. dah jadi satu isu. semua orang nak jadi bos, tapi communication failed! yang penting, aku bos. kau bagitahu aku. yang penting aku tahu. orang lain tak tahu, tak apa.
kiranya pasal nak cuti raya cina ni memang iwan dah inform bos lama. cuma mungkin bos lupa. yang kelakar tu, bos nya cakap macam ni "kalau nak cuti, cuti terus la wan". gitu lah kekdahnya. hahahha. sepanjang kedai beroperasi tak pernah tutup, bos tak pernah kisah pekerja nya sakit ke tidak. yang penting kedai buka, ada pekerja. huhu. gaji bayar ikut hari, pekerja cuti tolak jela gaji. apa masalahnya? tapi tu lah, dia lagi kisahkan kalau kedai tu tutup ramai pelanggan mati tak jumpa kedai. mati sebab tak makan.
pada masa yang sama, bos tu laki bini cuti tau (bersempena cuti raya cina). katanya balik kampung. helok kan perangai? pekerja cuti tak boleh, bos cuti tidak mengapalah sebab bos. dah bos cakap macam tu, elok la iwan pun 'cuti'. lepastu iwan mintalah gaji yang 2 hari dia kerja. tahu bos dia cakap apa? "datang la, ambil gaji." padahal selama ni elok je dia transfer, rm60x2 = rm120. rm120 tidak dia kasi. katanya kena datang sana ambil gaji. kahkah.
lepastu bos yang lelaki tu bising la dia berhenti. iwan cakap la pasal gaji cuti semua tu tak sama macam interview. tahu bos lelaki tu cakap apa "abg taktahu pasal tu. kau interview dgn akak bukan dgn abg". gitu kekdahnya. bos perempuan cakap rm1800, 1 hari gaji. dan - dan 'bukan masalah aku kena bagi kau cuti sebab kau interview dengan bini aku bukan dengan aku.' (boleh ek?) HAHHA. nampak tak macammana dia main - main kan orang.
iwan dan pekerja lain sampai dah sakit - sakit badan weyh kerja tak ada cuti. ada lah cuti, cuti sendiri. kesian.
ada hari, bos cuti. "penat la wan, badan abang sakit - sakit". ha bos jela ada badan dan boleh rasa sakit ye dak? pekerja tak sakit langsung. huhu. pekerja semua ada super power rangers.
--
haritu jiran sebelah park kereta depan kedai dia, sementalah depan tu tempat dia pacak khemah jual kuih. disepaknya shutter kedai orang tu. hello, engko pun bukan beli tapak parking. nampak tak semenggah betul perangai busuk bos dia ni. entahlah. nanti aku sambung lagi kalau aku ingat.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.