Sudah bertukar ke biru,
Di manakah balasmu?
Tawa sudah tiada,
Jenaka dah tak bernyawa,
Apa kau pura-pura?
Mengucap kata rindu,
Atau hanya rutin wajibmu,
Hanya tuk melegakanku.
Lewat hariku lihat kau termenung,
Ku mengerti akan beban kau tanggung,
Tak ku duga ku dari salah satunya.
Ternyata,
Bebanmu yang paling mudah kau lepas itu
aku.
Yang kau lepas itu aku.
Lewat hariku lihat kau termenung,
Ku mengerti akan beban kau tanggung,
Tak ku duga ku dari salah satunya.
Ternyata,
Bebanmu yang paling mudah kau lepas itu aku.
Bebanmu yang paling mudah kau lepas, itu aku.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.