![]() |
tahukah anda? capeng dalam budaya Melayu sebenarnya merujuk kepada sejenis perhiasan yang lebih unik dan bernilai?
caping dipercayai berasal dari selatan india dan diperkenalkan di tanah melayu sejak zaman srivijaya iaitu sekitar abad ke 7 - hingga 12 masihi.
Capeng Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka
[ca.ping] | چاڤيÚ
Definisi : 1. penutup yg nipis (spt penutup lubang kunci dll); 2. penutup kemaluan kanak-kanak perempuan yg dibuat drpd emas atau perak (bentuknya spt daun sirih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.ping] | چاڤيÚ
Definisi : Jw tudung kepala, capelin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ca.ping] | چاڤيÚ
Definisi : lapik buku lali (dibuat drpd upih dll yg dipakai dlm permainan sepak raga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Apa Itu Capeng Sebenarnya?
tradisi Melayu lama, capeng adalah sejenis perhiasan yang diperbuat daripada emas atau perak dan digunakan sebagai penutup kemaluan kanak-kanak perempuan. ia bukan sekadar aksesori, tetapi lambang status dan perlindungan bagi anak-anak daripada unsur tidak baik.
biasanya, capeng dipakai oleh keluarga bangsawan atau mereka yang berada, sebagai tanda kasih sayang dan juga warisan turun-temurun. ia dipercayai mempunyai nilai simbolik yang melindungi si pemakai daripada perkara yang tidak diingini.
Cara Pemakaian Capeng
tatacara memakai capeng boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang istiadat walaupun ianya hanya dilakukan oleh bomoh.
kerabat raja - pemilihan tali hanya bewarna putih, kuning, merah, hijau, dan ungu sahaja.
istiadat menggunakan capeng di kalangan anak kerabat diraja dimulakan dengan merenjis daun emas bercampur tepung tawar untuk memuja semangat.
orang kebanyakan pula menepung tawar diiringi jampi yang dibaca oleh bomoh.
rakyat - dilarang menggunakan warna kuning.
bukan melayu - tali bewarna hitam
rakyat - dilarang menggunakan warna kuning.
bukan melayu - tali bewarna hitam
kenduri kecil biasanya diadakan terlebih dahulu untuk memikat semangat supaya datang ke tempat majlis memakai capeng itu dijalankan.
hidangan yang disediakan biasanya terdiri daripada 3 ulas nangka, 3 jenis buah - buahan tempatan, 3 buku garam, 3 sisir pisang nangka, 1 sisir pisang raja, dan 2 batang lilin lebah. hidangan ini dipersembahkan di dalam bekas khas yang dianyam daripada daun pandan yang diletakkan di satu sudut yang diawasi berhampiran dengan tempat perasapan. apabila semua persiapan selesai, kemenyan akan dibakar.
hidangan yang disediakan biasanya terdiri daripada 3 ulas nangka, 3 jenis buah - buahan tempatan, 3 buku garam, 3 sisir pisang nangka, 1 sisir pisang raja, dan 2 batang lilin lebah. hidangan ini dipersembahkan di dalam bekas khas yang dianyam daripada daun pandan yang diletakkan di satu sudut yang diawasi berhampiran dengan tempat perasapan. apabila semua persiapan selesai, kemenyan akan dibakar.
selepas itu, bomoh akan mengikat capeng ke pinggan anak dan diikuti dengan bacaan doa selamat dan menjamah makanan. capeng akan dibuka semula apabila kanak - kanak itu sudah pandai menyarung pakaian sendiri.
penggunaan caping dikalangan rakyat amat ketara di bahagian utara, selatan, dan kawasan pantai timur semenanjung malaysia. budaya penggunaan caping dipercayai berakhir pada pemerintahan sultan muhammad iv (tahun 1899 - 1920)
Motif Dekorasi Capeng
bahan pembuatan capeng dan upacara majlis pemakaian capeng lazimnya melambakan sosioekonomi sesebuah keluarga. kanak - kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan memakai capeng yang diperbuat daripada bahan seperti kayu, buah kelapa, kulit kerang/ kulit penyu. manakala capeng kanak - kanak golongan berada pula memakai capeng yang diperbuat daripada emas, perak, atau tembaga.
motif dekorasi capeng memaparkan imeh tumbuhan tempatan seperti sirih, paku pakis, bunga melur, pucuk rebung, bunga cengkih, bunga rumput sambau dan bunga orkid. air daun melur contohnya boleh merawat demam panas, cirit birit, selsema dan sakit kepala. akar pokok bunga melur pula dapat mengubati penyakit kelamin. bunga melur pula digunakan untuk merawat penyakit kulit manakala minyak pati bunga melur pula boleh digunakan sebagai aromaterapi.
Capeng Dalam Dunia Hari Ini
seiring dengan perubahan zaman, pemakaian capeng dalam erti kata tradisional semakin jarang diamalkan. namun, ia tetap menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya Melayu yang unik. kini, capeng lebih dikenali dalam konteks fesyen moden, khususnya sebagai istilah bagi topi lebar yang menambah gaya dan aura pemakainya.
walaupun makna asal capeng kian dilupakan, penting untuk kita mengingati asal-usulnya sebagai sebahagian daripada khazanah budaya yang kaya.
rujukan:
barangan-antik.blogspot.com
dewanbudaya.jendeladbp.my
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.