Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

hari ni hari jumaat. selalunya aku akan makan benda yang mahal dari kebiasaan pembelanjaan aku sehari - hari. tengahari tadi selepas beli makanan tengahari, aku singgah kedai serbaneka. kononnya nak beli air mineral semulajadi memandangkan penapis air di pejabat sudah melangkaui 1 tahun tidak di servis. 

kakak yang selalu servis mesin penapis air yang lain, menyebut kan tentang keadaan air dalam penapis. geli tekak aku membayangkan air yang penuh lumut. walhal tidaklah seteruk itu. 

rupanya, kehadiran aku dekat kedai serbaneka tu telah menyebabkan aku kerugian rm8.20 HAHAHAH. 



KIT KAT Ice Cream Stick | Sedap

niat nya cuma nak beli air mineral. tetapi selepas lalu peti besar yang menempatkan sebilangan ais krim, aku cuba berhenti di situ dan memerhati dari kaca atas. ada macam - macam pilihan. entah kenapa teringat ais krim dari farm fresh. bentuk dah sama, tapi yang kit kat ni aku belum pernah rasa. 

jadi aku pun ambil keputusan untuk mencuba variasi yang ini dahulu.tanpa berfikir panjang. aku cuma membayangkan hari ini ialah hari jumaat, hari terakhir pada setiap minggu sebelum aku cuti hujung minggu. hehehe. 

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Harga Ais Krim Mahal

tak salah rasanya jika sekali sekala membeli makanan mahal. cuma masa aku pergi ke kedai serbaneka, aku hanya membawa RM6 sahaja. tak terfikir pula harga ais krim ini mencecah sehingga  RM6. aku memberikan juruwang berbangsa india/ bangla itu jumlah RM6 yang ada di tangan. 

aku kata padanya;
ambil dulu wang ini. sebentar lagi, saya akan turun semula. 

berfikir panjang juruwang itu. dia angguk bersetuju dan aku bertanya jika aku boleh ambil dahulu air mineral dan ais krim kit kat stik ini? mula - mula dia berfikir lama dan akhirnya bersetuju dan tersenyum paksa. sudah ~ hahaha 

aku terserempak dengan rakan pejabat, tapi tak terkeluar dekat mulut nak meminta diorang dahulukan wang diorang. aku hanya berlalu berlaga bahu dan segera ke pejabat mencari wang tambahan. segera aku berikan baki hutang aku kepada jurujual. 

untuk pengetahuan, harga ais krim ini tidak sama di semua tempat ya. harus berhati - hati. takut mahal sehingga mencecah RM8 jika dijual di kedai - kedai kampung seperti kedai orang Acheh.


Review KIT KAT Ice Cream Stick

sedap juga kit kat ice cream stick ni. aku membayangkan ia sangat manis tetapi aku sekadar skeptikal tanpa merasai sendiri sensasinya. ais krim ini dibaluti oleh coklat kitkat yang telah dihancurkan. balutannya tak terlalu keras atau terlalu lembut yang boleh menyebabkan ia pecah bertabur seperti sesetengah ais krim tu. 

ais krim nya juga tidak cepat cair. tak pasti ia memang lambat cair atau ia lambat cair kerana aku sedang makan di dalam bilik berpenghawa dingin. hikhik. 

rating aku 4/5. korang pun boleh juga cuba untuk merasai keenakannya. aku tak suka manis, dan aku approved yang ini!

Post a Comment

0 Comments