Masih perlu tafsir nafas,
Hujung dua puluh hayat,
Aku dalam penat hitung angka
Rongga sudah tiada fungsi,
Kabilah yang aku cari,
Sempatkah untuk di-kebumi,
Nazam aku dalam sunyi,
Tiada bunyi,
Langgas sakti pendirian lama padu,
Hasil sedikit beri,
Juta tahun resmi,
Beban abdi,
Zaman para-noia,
Para muda mudi hilang para wali,
Sudah tiada punca,
Tahunya sudah tiada punca,
Rujukan ilmu purba,
(2X)
Kemana?
Sudah sampai ketitian,
Bersantun dalam rindu,
Menunggu tiba raut itu,
Coba jauh dari anasir yang tafsir
Bukan-bukan dalam aura itu,
Sabar menanti ku teguh berdiri,
Sendiri meniti jalan kamu,
Setiap langkah,
Terhakis amarah saat hampiri itu pintu,
Adakah diterima dengan nama-Mu yang maha kasih setiap jitu,
Ditolak jatuh dengan hina,
Dikopak kejam saat kubina,
Tutupi rongga jiwa,
Hampiri fana,
Kian ku lupa mana yang benar,
Keadaan merejam setiap detik,
Ketik jam,
Mimpi ngeri saat ku pejam,
Bantu ku celik dan padam..
Memori,
Yang kekal wangi dalam nista..
Trajedi..
Yang dihulur tanpa dipinta,
Kuhilang arah,
Patah kaki minta dipapah,
Sebelum rebah ke dua lutut ke tanah,
Sembah mata angin yang berlawanan dengan Kaabah..
Beritahuku..
(2X)
Kemana?
Sudah sampai ketitian,
Bersantun dalam rindu,
Menunggu tiba raut itu,
Sangkar yang tertutup...
Lepaskanlah aku...
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.