lama juga ya aku menyepikan diri dari blog? 3 bulan bersamaan 90 hari begitulah lepas ditambah tolak. sama macam tempoh berpantang! ya aku tinggalkan blog sebab aku dalam tempoh berpantang guys. hehehhe.
alhamdulillah aku dah bersalin. entah ada entah tidak aku khabarkan di blog aku mengandung. lupa. aku dah selamat bersalin dan selamat menjalani tempoh berpantang dengan jayanya walaupun ada melalui liku - liku kehidupan yang menyesak dada. nanti aku buat entri lain.
entri ni sekadar nak memberitahu aku dah selamat bersalin dan kembali aktif menulis serta berkongsi hal - hal kehidupan aku yang tak berapa menarik minat orang untuk baca. gambar tu gambar baby selepas beberapa hari aku bersalin. duduk dalam inkubator sebab kuning tinggi. akeshian anak bonda. okay tu je nak kongsi. nantikan kemunculan entri seterusnya.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.