Terkurung lama menderita
Sepi ku rasa tak terdaya
Hidup kelam gelap-gelita
Pudar malam tak bercahaya
Mencari bintang berkelipan
Walau ku tahu makin lebat hujan
Harapan yang sirna jawapan
Hilang arah ku tak keruan
Chorus:
Puas ku mencari jalan yang bersinar
Ku temui hanya pintalan duri belukar
Ketawa menggila sasau jeritan berpijar
Verse:
Mencari bintang berkelipan
Walau ku tahu makin lebat hujan
Harapan yang sirna jawapan
Hilang arah ku tak keruan
Bridge:
Meraung ku meronta
Bila mendengar bisikan suara
Resah gelisah lara jiwa terluka
Chorus:
Puas ku mencari jalan yang bersinar
Ku temui hanya pintalan duri belukar
Ketawa menggila sasau jeritan berpijar
Wahai Tuhan belaian kasihMu ku dambakan
Kembalikan semula aku dari sempadan
Antara nyata dan ilusi ku berterbangan
Keliru....
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.