akhirnya dapat juga aku buat maternity shoot. sebelum ni keguguran sampai 2 kali. tuhan bagi aku peluang merasa sehingga masuk fasa ketiga kehamilan. alhamdulillah tiada yang aneh - aneh atau luar biasa. simptom sama macam ibu hamil dan aku akui simptom kehamilan aku tak seteruk orang lain. mild sahaja, alhamdulillah untuk pengalaman kehamilan itu.
D.I.Y Maternity Photoshoot
sebenarnya aku aim untuk hire fotografer. mungkin modal dalam rm300-rm500. murah sebab shoot and burn (gambar akan diberi di dalam pendrive/ drive). ini pun tidak termasuk MUA dan baju baru. hehhehee. aku dah cuci mata dekat shopee baju maternity dress untuk photoshoot. kebanyakkan harganya dalam lingkungan rm70-rm200. kalau aku bijak, aku beli jelah dress biasa yang cantik. ada je.
kos MUA pula boleh cari yang murah dalam rm100. itu pun tak termasuk transport nak ke tempat aku kan? hahahha. akhirnya aku ambil keputusan untuk diy sahajalah. walaupun modal kasar agak besar. tapi aku puas hati. sebabnya penggunaan item yang aku beli akan digunakan dalam tempoh yang lama selagi aku tak jual.
Photoshoot Guna Kamera Baru
jadi modal kasar yang aku guna adalah untuk beli kamera baru. sebelum ni aku ada DSLR. disebabkan aku perlukan wang dengan segera, terpaksalah aku jual kamera tu. sebelum ni aku guna canon EOS 500D. beli tahun 2021 kot? harga rm2000 jual balik rm400. sobs T_T
kali ni aku beli mirrorless yang boleh dikatakan masih baru. canon EOS R50 dengan harga rm3345 yang didatangkan bersama lens 18-45mm. boleh la dari tak ada kan? walaupun tak puas dengan lens kit tu hahahhaa.
siapa fotografer aku? semestinya adik aku. yeayyy. mekap pun sendiri. edit dekat lightroom untuk nampakkan mekap tu menyerlah! baju pakai apa ada saja. jimat banyak! cuma aku lupa bawa baju/ props untuk baby. geram betul. macammana entah boleh terlupa.
terima kasih adikku, sayang. hahahaha.
fotografer tidak berbayar |
Photoshoot di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur
kenapa aku pilih lokasi ini? sebab tahun january 2021 aku pernah datang sana untuk acah - acah photoshoot. masa ni dah ada DSLR tak silap. entah lupo lah.
aku datang sana semula, bukan untuk mengenang. tapi aku nak kan background tu lah hahaha. sebab cantik. dekat shah alam ada taman jepun. panas lah situ. kecil. walau sebenarnya bukan aku ukur setiap inci jalan pun.
Jan 2021 |
Maternity Photoshoot Bersama Husbaby
-- doaku untukmu hanya satusemoga dimata Tuhan, kau adalah orangyang ku butuhkan dalam hidupku.bukan sekadar yang ku inginkan.
kata mereka, kau lelaki paling biasa di bumi,tapi mengapa pagiselalu terbit dari matamu?kata mereka, kau lelaki paling biasa di bumi,tapi mengapa ketenanganselalu berumah di wajahmu?kata mereka, kau lelaki paling biasa di bumi,tapi mengapa hidup yang paling surgaadalah saat bersamamu?- depok, 1995
dirahmatilah hati yang terluka --tempat dimana tangisan tak pernah memiliki air mata,dan jeritan yang lantang tapi tak pernah bersuara
kerana apabila saya bertemu dengan engkau,maka matamu yang sebagai bintangtimur itu sentiasa menghilangkan susun kataku-hamka, tenggelamnya kapal van der wijck
aku mengenalmu.pun dirimu;di bawah langit biru atau kelabu,kita berjalan menyusuri dunia yang tidak pernah orang tahu.aku tidak bertanya tentang tubuhmu,kau tidak bertanya tentang isi kepalaku.tak ada basa-basi-bisu;hanya ada kita,dan sepasang degup yang menggebu.nada mayor ku dengar merdu pada setiap satu detak jantungmu.untaian kata - kata berubah fungsi menjadi sesuatu yang tidak perlu.raut wajah dan tajamnya matamu;nadir indah dan anaforayang melayang sendu di sujud terakhirku.tak ada belenggu yang mengikat kita;tak ada cepat atau terlambat untuk cinta.biarkan semesta berencana;biarkan rasa memilih jalan pulangnya.kita hanyalah sepasang puisi --yang hidup dan bernyawa di berbeda dimensi.tapi jika Tuhan bertanya tentang hal yang membuatku nyata selama ini,akan ku sebut namamu dua kali.
mencintamuadalah salah satu daripadakesenian yang telah di ajarkan tuhankepadaku- JS
kita seperti ketidaksengajaanyang telah diatur baikoleh Tuhan
Seseorang yang tepat tak selalu datang tepat waktu.Kadang ia datang setelah kau lelah disakiti oleh seseorang yang tidak tahu cara menghargaimu.- Fiersa Besari
buat hubbyku,
semoga kau adalah antara hal paling indah pernah ku terima dari Tuhan. semoga nanti kedepannya kau akan mejadi seorang bapa yang baik kepada anak - anak kita. semoga selalu kau diberi umur panjang dan sihat untuk terus bekerja memberi bahagia pada keluarga kecil kita. serta menyemai cinta yang tetap tumbuh dalam rumahtangga. ily hubbyku. semoga panjang jodoh kita sampai tua ya.
buat kalian yang membaca ini, doakan lah aku semudahnya bersalin nanti. semoga kalian yang juga sedang menunggu cahaya mata, aku doakan Tuhan berikan rezeki kepada kalian. semoga sampai doa - doa kita kepada Tuhan.
* semua puisi diambil dari rujukan pinterest.
1 Comments
Amin atas doa untuk yg menanti cahaya mata..
ReplyDeleteUtk awak, semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti ya..
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.