Rumah Terbuka Anisya and The Geng

Rumah Terbuka Anisya and The Geng

disebabkan hari rabu adalah hari buruh; anisyah selaku rakan pejabat telah mengadakan rumah terbuka untuk rakan - rakannya. sebenarnya bukan rumah terbuka anisyah. tetapi rumah terbuka anisyah, afiqah dan najwa. mereka duduk satu rumah. hehhehe. 


Kena Tinggal dengan Budak Office

aku bangun hari rabu memang lambat. sarapan pun dah tengahari. disebab kan masih kenyang, aku lambat - lambatlah mandi. sekali dalam group whatsapp kerja, diorang dah sedap makan. alamak geng! hahaha. aku kena tinggal rupanya. aku syak diorang ni ada group lain lah weyh. tu diorang sampai on time serentak. hahahaha. tiba ~


Malas Kalut

disebabkan malas kalut, aku sambunglah tengok tv sambil berfikir nak pergi ke tidak ya rumah anisyah ni. sebab fikir nanti segan tak ada kawan. yela aku ni kan pemalu. risau orang tak layan weyh. dah pukul 3petang macam tu aku tanya laki aku. nak pergi ke tak. 

akhirnya aku pun mandi dan bersegeralah siap. lagi nak iron baju, lagi nak mekap. nasib baik mekap nipis - nipis je. tak ada lah lama sangat nak bersiap. yang lama tu sebab mengeluh iron baju sambil berpeluh. maklumlah rumah menghadap matahari. 

panas tahu tak? setiap masa nak kena lap. masa mekap pun sama. baru je aku lap hidung dengan dahi, eh dia muncul titik air pula. geram aku. 


Orang Berkurang

sebelum pergi rumah anisyah, aku dah whatsapp dulu. nak pastikan rumah terbuka masih boleh dihadiri. manalah tahu, tuan rumah dah mengemas kan? kang mendapat malu, penat pun dapat. 


Menu Orang Sarawak

disebab kan aku sampai lambat, memang banyak makanan dah habis. hehehe. padanlah muka kan. rumah orang sarawak ni wajib lah ada kek sarawak dan laksa sarawak. 2 makanan utama ni masih tersedia. 

Rumah Terbuka Anisya and The Geng

Rumah Terbuka Anisya and The Geng

aku ni tak pernah makan laksa sarawak. semenjak anisyah bekerja di halal academy, dapatlah aku merasa. aku ni jenis tekak tak kisah nak makan benda yang tak pernah aku makan. asalkan benda tu sedap. ada sesetengah orang dia macam tak biasa makan benda pelik. aku okay je. pelik lah kot kan, tiba - tiba makanan yang namanya laksa guna mihun. mesti fikir nak makan ke tak? 

Rumah Terbuka Anisya and The Geng

Rumah Terbuka Anisya and The Geng


selain tu; ada juga sate, nasi arab kot, kerabu maggi (yang aku tak sempat tengok), lauk sayur. lagi taktahu lah. 


Rumah Terbuka Anisya and The Geng

Rumah Terbuka Anisya and The Geng

aku tak larat nak makan, taktahu apa yang kenyang sangat. dapatlah makan semangkuk laksa sarawak, beberapa keping kek sarawak, nasi arab+ayam+sayur, dan beberapa cucuk sate. 

sebelum balik tu macam biasalah kan, wajib bergambar. hehehhee. kak niza tu entah berapa jam dia dekat rumah anisyah. maklumlah itu bekas rumah dia. hahaha kelakar eh kak niza ni. rajin dia. 

Rumah Terbuka Anisya and The Geng

terima kasih anisyah, afiqah dan najwa atas jemputan. semoga murah rezeki kalian!

Post a Comment

3 Comments

  1. Hujung2 minggu ni banyaklah rumah terbuka

    ReplyDelete
  2. Macam2 menu yang dihidangkan
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  3. Attending Anisya and Geng's open house sounds like a wonderful experience filled with warmth and camaraderie! Krazycouponclub

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.