Port Nasi Arab Murah di Shah Alam

Port Nasi Arab Murah di Shah Alam

puas semalam dapat makan nasi arab. semalam entah kenapa teringin benar makan nasi arab dan nasi daging utara ayaq asam. sayangnya nasi daging utara ayaq asam tak available hari ahad. hari ahad pagi aku dan iwan ke stadium, ingatnya ada jual nasi arab dekat situ. agaknya sebab sampai pun dah nak tengahari, banyak gerai dah siap kemas. 


Nasi Arab Murah dan Portion Banyak

lepastu aku ajak iwan pergi aeon shah alam sebab aku pernah makan nasi arab dekat situ. nasi arab dia macam so so. dah lah mahel. ayamnya agak keras! stress aku. 

Port Nasi Arab Murah di Shah Alam

gigih aku google sebab tak puas hati (untuk makan malam pula). nak nasi arab sedap! katanya di giant shah alam ada jual nasi arab, kita pun pergi lah sana. rupanya dah tak wujud. tak ada sesiapa pun yang update dalam google. kesian nya lah aku kan.  tapi iwan rajin google. sambil - sambil aku mengomel, terjumpa nasi arab seksyen 13 shah alam. lokasi pun tak jauh dari giant shah alam. 


Kedai Bersih dan Kemas

kenapa aku pilih kedai ni dan tak banyak songeh eh? sebab dia tulis dekat situ range harga dia rm1 - rm20 HAHAHHAHA. kedai nasi arab selalu range harga rm20 - rm40 nyah. risau. sebab selalunya rm20 tu mungkin benda yang tak mengenyangkan. 

surprisingly harga air dia sama macam kedai melayu/ mamak. berbaloi tau. tak risau pasal harga makanan. 

masa buka buku menu tu aku boleh rilek sebab harga dia memang sesuai untuk aku yang low bajet tapi nak makan nasi arab. aku pilih menu talam mix. talam mix tu ada 2 ketul kabsah chicken dan beberapa mandy lamb. aku minta chicken tu mix; 1 kabsah 1 mandy. hehehe


Kedai Nasi Arab Seksyen 13, Shah Alam

Port Nasi Arab Murah di Shah Alam

set talam tu dia tulis 2-3 pax boleh makan. tapi bila talam tu sampai, terkejut aku. hahahahaha. mungkin dalam 3 - 5 orang macam tu. puas hati makan weyh. harga pun berbaloi. cuma bila tak habis tu aku minta staf bungkus. masa bagi talam tu tengok makanan tu masih banyak dalam 2 3 pinggan tau. sekali dah bungkus, ada 1 bungkus nasi je. itu pun tak penuh. dia buang ke eh nasi aku sebab taknak membazir bekas isi nasi? HAHHAHA. 

korang boleh semak google review. majoriti bagi 5 bintang tau. nasi arab murah di shah alam memang terbaik! korang boleh cuba. suasana pun santai dan selesa. ada juga tempat duduk outdoor. kalau indoor ada penghawa dingin, sejuk sikit. hehe. 

info Restoran Al-Meena Hadramawt 
alamat: 7, Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
no tel: 018-982 8756
waktu operasi: 11am - 10pm

Post a Comment

5 Comments

  1. kalau order set talam ni memang kena makan ramai- ramai . risau kalau tak habis nanti membazir

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye kak. tapi paling penting boleh bungkus, makan ulang lagi sekali dekat rumah pula. hehehe

      Delete
  2. Saya kalau makan nasi Arab, memang kena pastikan perut betul-betul kosong sebelum masuk kedai. Kalau tak, tak habis lah jawabnya. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAH tu la. sebab portion banyak. tp kalau makan nasi arab dekat foodcourt, portion nya biasa je. boleh habis hahaha. kalau kedai arab mcm ni je yg lambet sikit nak habis.

      Delete
  3. kedai camnilah kita nak...
    kedai harga marhaen. ni sekarang semua harga lanun

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.