Kak Noi Dah Jumpa 'Rumah' Baru

Kak Noi Dah Jumpa 'Rumah' Baru

bertempat di besout, perak telah berlangsungnya majlis akad nikah sederhana pada 24 februari 2024. beberapa hari selepas aku mengunjungi umur tarikh lahir yang baru. wahh, nanti hari anniversary kak noi dekat sebelah tarikh lahir aku jela. boleh honeymoon dan sambut sekali. tiba ~


Drama Air Mata

kak noi cuti 1 hari sebelum majlis atau 2 hari sebelum majlis. punya lah aku fikir dia tu dah sampai kampung awal rupanya esok majlis harini baru balik. geram betul. aku pun last minute pergi sana. duit dekat tangan memang tak berapa nak ada. demi kak noi gagah juga pukul 9 malam baru buat tempahan hotel.


Menginap di Musse Hotel  

nasib baik ada hotel 'berdekatan'. memang dekat sangat. real dekat. tengok maps, sekali 30 minit nak ke rumah kak noi. hahaha boleh lah asal ada tempat berteduh. takkan nak tidur dalam kereta kan? 

Kak Noi Dah Jumpa 'Rumah' Baru

sebenarnya pada 1 hari sebelum majlis, aku rilek - rilek je pergi makan malam dekat rumah mak dan dalam masa sama aku update perkembangan terkini dengan anisyah. anisyah dah gerak awal. dia kata tak kisah lah jadi apa, dia akan pergi juga ke sana sebab dah booking hotel. 

selepas sah majlis berjalan esok, itulah kalang kabut lepas makan terus gerak balik. kemas beg. dalam pukul 11 malam juga gerak ke perak. rupanya hotel ni dulu kepunyaan oyo hotel sebab tu lah ada warna merah tu. tak apa lah, hotel pun kemas dan bersih. masa sampai tu wangi je bau sabun. 

memang sampai je terus tukar baju basuh kaki dan tidur. 

pukul 7 pagi tu memang dah bangun bersiap dan terus je checkout. 

Musse Hotel, Slim Perak 
alamat: 1, Persiaran Wisma, Slim Putra, 35800 Slim River, Perak 
Phone: 012-665 8915

Dengan Sekali Lafaz

Kak Noi Dah Jumpa 'Rumah' Baru

alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja. kak noi dah ada 'rumah' baru sebagai tempat berteduh dan bersandar. 
Semoga bahagia mu akan selalu damai seiring berjalan waktu.
Ssmoga cinta kan terus mekar walau masa terus berlalu.
Semoga walau duri meranjau tetaplah setia bersatu
--
Kekal bersama selalu dengan izin tuhan ❤️
Dan tetaplah selalu bersandar saat dunia menghentam menjatuhkan.
semoga lelaki nya kan menjaga kak noi dengan kedamaian, kelembutan. santuni kak noi dengan penuh rasa cinta di dada dan rasa kasih yang penuh sebagai tanggungjawab amanah allah. ternyata pernikahan adalah sebuah ibadah yang panjang. perlu sabar dan bertolak ansur. 


Semoga Bahagia Sampai Syurga, Kakak Saya! 

Kak Noi Dah Jumpa 'Rumah' Baru

"jika kau raja aku lah permaisurinya. jika kau tuan tak mungkin aku kan menjadi amah mempersiap rapi urusanmu. aku kan tetap menjadi puan dan bersama menjalani hidup untuk bersama - sama kita mempersiap rapi urusan hidup selanjutnya. sampai tua, sampai habis usia."

walaupun dunia sedang menghancurkanmu kak noi, pulanglah mencari rumah yang nyaman untuk selalu merasa hidup bukanlah seburuk yang kak noi sangka. tuhan maha adil ❤

Kak Noi Dah Jumpa 'Rumah' Baru

sempat bergambar dengan rakan ofis yang lain buat kenangan. terima kasih makanan nya. aku dan iwan pulang ke rumah selepas menyentap makan tengahari hehehe. terima kasih juga untuk goodiesnya kak noi.  

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.