Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan
Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga
Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih
Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri
Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak
Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih... kasih
Kasih yang sebenar
Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang oh...
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.