Jumpa Tasya Lagi dan Skandal

Jumpa Tasya Lagi dan Skandal

ikutkan jumpa tasya ni 19 ogos 2023. tapi entri ni pun baru jelah nak buat. dah seminggu lebih baru ada mood. hahahha biasalah ~ penulis pemalas macam aku memang kadang malas akan lebih diutamakan. kadang ada masa, memang menyajikan hal - hal tertentu lebih awal kerana hal berkenaan masih panas dan terkini. 


Sidai Tasya Di MRT Pasar Seni

kitorang kononnya berjanji nak jumpa dalam pukul 10 pagi di MRT Pasar Seni. aku ni dengan mabuk pening tak habis, aku paksa lah iwan hantarkan aku pergi kuala lumpur terus. kan senang. anggaran dalam 30 minit kan? 

kalau naik LRT entah berapa banyak stesen, menunggu, kesejukkan, berhimpit, letih ~ 

aku keluar rumah pukul 9.30pagi, dan tiba di MRT Pasar Seni sekitar 10.40pagi. kesian tasya. aku dah cakap awal - awal dengan dia. semoga kesabaran dia menunggu aku dibalas pahala. cewah. 


Di Scam Oleh Donstop

donstop adalah sebuah cafe yang pernah viral di tiktok kerana gaya ala retro pada suasana kedainya. namun mungkin dek kerana viral, kedainya tutup tiba - tiba. entah bila ditutup. namun google tetap memaparkan cafe berkenaan masih dibuka.

sebelum kitorang tiba di cafe berkenaan, tasya berbalas whatsapp dengan admin kedai. minta lokasi sebenar, dan dimana mudah mendapatkan mengangkutan awam. ironinya admin berkenaan membalas whatsapp berkenaan tanpa menyatakan apa - apa. dibalasnya lokasi yang diminta dan pengangkutan awam terdekat. 

kitorang turun di perhentian MRT TTDI tak silap kemudian naik bas yang disediakan di perhentian dan turun dari bas. lupalah perhentian mana, tapi perhentian pertama yang dilalui bas berkenaan. kemudian kitorang jalan kaki beberapa meter ke imazium. cafe berkenaan terletak didalam bangunan imazium. namun aku masih belum tahu apa yang ada dalam bangunan imazium ini. lantaklah.

sekitar jam 12tengahari juga kitorang sampai. entahlah. nak gaduh tapi lapar. ingatkan kedai buka macam lambat sikit. dekat pintu tu ada lah tulis waktu operasi. 11.30 pagi dah buka. sepatutnya dah buka lah. pintu masih bewarna merah. kerusi meja masih tersusun rapi dan lampu didalam kedai masih malap. lama juga lah tunggu situ. tasya whatsapp admin tu semula dan jawapannya "oh dah tutup" hmm. nak maki. tapi kena sabar. 


Makan di Topokki One Utama

sebabkan terlalu lapar, tasya buat tempahan grab terus ke pintu one utama. terlalu lapar dan tak menahan. donstop menyajikan makanan korea. makanlah kitorang di topokki untuk rasa vibe korea yang tersakiti konon - kononnya. 

yang ini pun satu hal juga. agak lama nak menunggu. staf cuma ada 3 4 orang. 2 orang jaga di bahagian depan. yang buat kerja hanya sorang. yang lelaki buat - buat sibuk dengan telefon. dari awal aku terserempak dengan staf topokki ni dekat depan lif sibuk dengan telefon bimbit. dan dibawa sampai ke kedai. entah apa yang dibuatnya. 

staf dapur sibuk menyiapkan tempahan online. lapar kitorang memang dah tak boleh dibawa berbincang.

lama juga menunggu barulah makanan sampai. aku yang selalunya makan tak habis, boleh habis kalini. 


Meet & Greet Skandal dan Menikmati 
llaollao

Jumpa Tasya Lagi dan Skandal

aku lupa siapa nama skandal tasya dan dimana meet and greet dijalankan. aku whatsapp dia taknak reply. hahahha. malas lah aku tunggu dia. lambat sangat. jadi lepas penat berdiri dan discam oleh skandal tasya; sekejap dia nak turun lalu sini sekejap sana. sekejap dengar perempuan terkinja - kinja melompat jumpa skandal tasya. omg. pening kepala aku. hahahhaha 

aku layankan jelah kehendak tasya ni. lepas dah settle semua, aku ajak tasya makan aiskrim. dah lama tak makan aiskrim ni. aku ajak iwan dia taknak sebab tak sedap la masam la. jadi aku terpaksa lah makan sorang. hahahaa atau bersama tasya.


Bergambar Sementara Menunggu Skandal

Jumpa Tasya Lagi dan Skandal

dalam pada menunggu skandal di ruangan gsc, tasya ajak aku keluar di ruangan tersedia. dapatlah kitorang gambar berdua. kalau tak, macam tak ada port nak ambil gambar. hahahha. akhirnya adalah juga gambar baru. hahahha. 

Jumpa Tasya Lagi dan Skandal

Jumpa Tasya Lagi dan Skandal


terima kasih tasya sudi luangkan masa bersama saya. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Cuya pon kadang2 ada penyakit malas juga nak update blog

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.