Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?


Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?

assalamualaikum guys. macammana hari ni? korang okay ke? masyarakat semua terkesan dengan cuaca yang sangatlah panas. terpaksa on dua kipas; atas dan bawah untuk menghilangkan rasa panas. rumah aku pula memang menghadap matahari. itu pun masih lah berpeluh terutamanya kawasan hidung dan dahi.


Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?
Betapa melaka terlalu panas
 

tahun ni beraya di melaka. melaka berganda - ganda lebih panas dari tempat tinggal aku . beraya dari pagi sampai malam kadang sampai 2 3 pagi. mencabar sangat. semestinya kulit muka akan berminyak teruk atau kering terlampau. macammana cara nak atasi muka kulit berminyak?

 

Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak 

kulit muka berminyak adalah berpunca daripada penghasilan sebum secara berlebihan oleh kelenjar minyak. ia berfungsi untuk mengekalkan kelembapan, sinar uv dan mempunyai faktor perlidungan semulajadi yang tinggi.

jangan mencuci muka terlalu kerap. Salah tu! skin barrier akan semakin menipis dan penghasilan sebum kelenjar minyak akan keluar lebih banyak dan menyebabkan kulit bertambah berminyak.

 

Punca Kulit Muka Berminyak Dan Pori Besar 

mencuci muka dengan terlalu kasar

punca kulit berminyak datangnya daripada pori yang besar. antara sebab pori membesar di muka adalah kerana cara mencuci muka yang salah. mencuci dengan cara yang kasar seperti menggunakan kain atau span akan menyebabkan mulit muka hilang kelembapan. ini akan menyebabkan kelenjar muka lebih aktif menghasilkan minyak. hati - hati korang.

stress

penat kerja siang dan malam, kurang rehat dan terlalu resah adalah punca kita stress. stress akan menghasilkan hormon cortisol pada muka. inilah yang menyebabkan kulit berminyak dan cenderung dalam penghasilan jerawat. oh no! jadi korang kenalah pandai dan bijak dalam pengurusan emosi dan tekanan untuk mengelakkan masalah punca kulit berminyak.

cuaca

cuaca juga sangat memainkan peranan dalam produksi sebum di muka. sekarang ni pula cuaca tak menentu. kadang panas terlampau, tiba - tiba eh hujan. memang peningkatan dalam penghasilan sebum sangat tinggi

ramai dalam kalangan kita yang memang tidak tahu cara mencuci muka dengan betul. main cuci muka asal kan muka dicuci. main hentam orang kata. entah bersih entah tidak. ada yang cuci muka sampai 3 kali sehari disebabkan rasa panas dan muka berminyak. kononnya dengan mencuci muka banyak kali akan mengurangkan rasa panas berkenaan dan menghilangkan rasa minyak yang banyak di muka.

 

Tips Mencuci Muka Yang Betul

1. cuci muka 2 kali sehari pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam sebelum tidur
2. menggunakan pencuci muka bersesuaian dan cuci dengan air suam
3. lap muka dengan lembut seperti menekap muka dengan tuala untuk keringkan muka.


Kenapa Lepas Cuci Muka Rasa Kering?

orang yang kulit kering disarankan untuk membuat pilihan yang betul dalam pemilihan cleanser. jika korang guna cleanser yang tidak sesuai muka akan bertambah kering. skin barier akan menipis dan akan berlaku penghasilan minyak pada muka.

selain itu kita juga culas dalam rutin penjagaan muka malam dan siang. ditambah lagi dengan cuaca yang panas. muka akan terdedah dengan matahari menyebabkan kulit kering, tegang, dan kemerah - merahan.

 


Rutin Asas Penjagaan Muka (Basic Skincare Routine) 

Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?
 

korang boleh amalkan rutin asas penjagaan muka (basic skincare routine) untuk kehidupan seharian korang. sesuai dilakukan untuk rutin penjagaan muka siang dan rutin penjagaan muka malam.

 

pencuci muka (cleanser)

cuci muka 2 kali sehari pada waktu pagi selepas bangun tidur dan pada waktu malam sebelum tidur. jangan cuci muka lebih dari 2 kali ya, nanti skin barrier akan semakin menipis dan penghasilan sebum kelenjar minyak akan keluar lebih banyak dan menyebabkan kulit bertambah berminyak menyebabkan akan menghasilkan jerawat pula.


toner

apply toner selepas mencuci muka. fungsi toner muka ini, ia dapat mengimbangi pH kulit dan mencegah jerawat muncul.


serum

serum akan membantu mengecilkan pori muka, memudarkan parut dan membaiki tona kulit muka tidak sekata.

 

moisturizer/ pelembab muka

fungsi utama moisturizer ialah melembabkan muka pada lapisan kulit dan menghalang lembapan daripada mudah tersejat daripada kulit. selain itu, mengelakkan muka menjadi kering.

 

sunscreen/ sunblock

sunscreen membantu melindungi kulit daripada sinaran uv yang boleh menjadi punca mempercepat kedutan dan sunburn. paling penting cari sunscreen yang mempunyai SPF 30 paling minimum dan terbaik adalah sekitar SPF 40 atau SPF 50.

selain itu, korang kena perbanyakkan minum air putih.

berbalik kepada basic skincare routine, korang jangan tersalah memilih cleanser ya. jika tersalah akan menyebabkan kulit kering atau kulit berminyak. pencuci muka ni membantu menyingkirkan sel kulit mati, minyak berlebihan dan mengelakkan liang pori tersumbat.

 

Pencuci Muka Aloe Vera Skincare Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Kulit Kering 

Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?

ingat ya korang, cuci muka yang disarankan sehari 2 kali sahaja. jangan lebih atau kurang bagi mengelakkan muka berminyak dan muka menjadi kering.

pencuci muka apa yang sesuai untuk kulit berminyak?


Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai

mengenalpasti jenis kulit muka

setiap cleanser memberikan tindak balas dan yang berbeza - beza. oleh itu, amatlah penting untuk korang tahu jenis kulit muka supaya tidak salah dalam pemilihan cleanser.

 

tidak mengandungi bahan kimia atau pewangi

bahan seperti paraben dan sebagainya boleh merengsakan kulit muka, menyebabkan alahan dan menipiskan skin barier

 

tidak mengeringkan kulit muka

orang yang kulit kering disarankan untuk membuat pilihan yang betul dalam pemilihan cleanser. jika korang guna cleanser yang tidak sesuai muka akan bertambah kering. skin barier akan menipis dan akan berlaku penghasilan minyak pada muka.

 

membersihkan kotoran muka dan liang pori

pilih cleanser yang mencuci secara dalam sehingga liang porti. ini adalah untuk menyingkirkan kotoran dan membuang sel mati yang terdapat pada kulit muka.

 

melembabkan kulit

boleh dikatakan waktu aku di pejabat dari jam 8 pagi sehingga 6 petang adalah tempoh waktu yang sangat lama. aku terdedah dengan penghawa dingin dan kipas meja yang direct terus ke muka. amatlah penting untuk aku guna cleanser yang melembabkan kulit bagi mengelakkan muka terlalu kering. nanti jerawat tumbuh aku yang susah hati.


Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering? 

korang patut guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser kerana cleanser ni bebas daripada paraben, tiada sulfate dan bebas alkohol. cleanser aloe vera terbaik ini juga sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka.


Kenapa Patut Guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser Terbaik dari Hansaegee Nature

Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?

aku memilih pencuci muka aloe vera dari Hansaegee Nature sebab ianya sangat sesuai untuk kulit muka aku. kulit aku jenis kering setiap masa. tekstur cleanser ni adalah jenis soft watery bubbles.

waktu guna cleanser aloe vera ni memang rasa lembut je di muka. aloe ac clean bubble cleanser membantu mencuci secara mendalam untuk membersihkan kulit. penting menggunakan cleanser yang mencuci secara deep clean ni ya. dapat mengelakkan dari liang pori tersumbat.


Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering? 

gunakan aloe ac clean bubble cleanser sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi bangun tidur dan pada waktu malam sebelum tidur. ini akan memberikan kesan lembab sepanjang hari, terasa lembut dan segar.


Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering? 

rumusan

pilihlah pencuci muka yang betul untuk elakkan kulit muka berminyak dan kering. tak payah fikir banyak, gunalah pencuci muka aloe vera aloe ac clean bubble cleanser hansagae untuk kelembapan sepanjang hari.


Hansaegee Nature



Nak Cuci Muka Berapa Kali Sehari? Apakah Cleanser Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Kulit Kering?

Post a Comment

2 Comments

  1. Pencuci aloe ni memang best...lembut je kat muka

    ReplyDelete
  2. aduhai selalu failed bila bab kena rajin cuci muka huhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.