Lambat Pergi Kerja

 

Lambat Pergi Kerja

pagi tadi dalam jam entah tak berapa nak tengok jam. anggaran mungkin 4 / 5 pagi. dari tidur mengiring kanan aku ubah mengiring ke kiri. aku sedar dan entah macammana mungkin pemusingan aku dilakukan terlalu kasar dan kuat menyebabkan kepala aku sedikit berpusing. 

aku kekalkan mata dengan terus menerus pejam tanpa celik. aku sedar sehinggalah samar - samar azan subuh berkumandang. kepala masih pening. 

dalam jam 6.45pagi deringan jam laki ku berbunyi. aku masih lagi sedar dan belum tertidur dari awal bangun. kepala aku kekal berpusing. aku duduk sekejap namun semuanya berpusing rancak. aku baring semula dan lakiku meneruskan perjalanan ke tandas untuk bersiap pergi kerja. 

aku cakap dengan lakiku, aku nak buang air tapi kena pejam mata. bersungguh - sungguh dia papah aku ke tandas dengan keadaan mata aku pejam. paip pun dia tolong hulur dan hidupkan air. adalah sekejap - sekejap aku buka mata terus mual dan berasa nak muntah. 

tergesa - gesa aku keluar bilik air dan meneruskan pembaringan. kepala masih berputar. seakan vetigo simptom yang aku alami. risau. macam - macam penyakit sekarang. 

sekitar jam 9.30 pagi, pening kepala semakin berkurang. aku bangun dan mempersiapkan diri. sempat juga minum susu secawan dan makan kentang putar baki semalam. aku buat tempahan grab dan pergi kerja seperti biasa. 

itulah punca aku lewat masuk. 

Post a Comment

11 Comments

  1. Moga berada dalam keadaan yang sihat belaka

    ReplyDelete
  2. kalau betul kurang sihat boleh minta sijil sakit dan rehat di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. tapi tu lah hari2 sakit hahahahaha. masih belum hilang

      Delete
  3. Semoga sihat selalu hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. so far macam mana? masih pening lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak masih pening. tak tahu apa punca. menyesal tidur tukar posisi terlalu rakus hahaha

      Delete
  5. Uish..kenapa tu sebenarnya. . Check dengan Doktor ler .. jangan dibiarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kak. masih tak tahu punca. doktor pun meneka neka saja

      Delete
  6. Lagi pening dibuatnya tu kalau masih belum tidur, badan belum cukup rehat. Semoga baik baik je Mieza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. hari hari tidur awal. kurang sikit pening. kurang waktu bangun jela. lepastu dah buat kerja, pening lah semula.

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.