Assalamualaikum korang. aku bukan ejen takaful. aku cuma nak berkongsikan hal menarik dengan pembaca blog aku. korang pernah dengar tentang Lydung? menariknya Lyndung bukanlah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan takaful atau insurans. ia lebih kepada sebuah komuniti yang membantu meringankan beban sesama ahlinya dalam menyelesaikan bil perubatan secara sama rata.
Pengenalan Lyndung
Lyndung telah diasaskan dan di urus tadbir oleh Lyndung Sdn Bhd (1454883-V) dan kewujudan Lyndung adalah bertujuan untuk menawarkan perlindungan sosial kepada golongan yang kurang mampu. Korang yang berminat nak menyertai program komuniti Lyndung tidak perlu merasa was was kerana Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung.
Adalah menjadi sebuah kewajipan sebagai rakyat untuk memiliki medikal card atau insurans bagi melindungi diri sendiri / keluarga/ atau bergantung kepada jenis perkhidmatan yang korang ambil. namun boleh dikatakan ramai yang tidak cakna tentang ini. antara penyebab terbesar tidak memiliki medikal card atau insurans adalah kerana bayaran bulanannya agak tinggi dan terasa beban untuk dibayar. aku lah tu. dah tiga kali aku bertukar ejen dan sekarang tiada apa - apa.
Namun dengan wujudnya Lyndung, ini dapat membantu meringankan beban masyarakat (komuniti Lyndung) yang menghadapi masalah dalam kewangan. Lyndung menawarkan sebuah program bersifat komuniti; ahli komuniti Lyndung akan berkongsi bil perubatan sesama ahli secara sama rata yang patuh syariah.
Program ini juga mengaplikasikan sebuah konsep yang dikenali sebagai Tabarru’. dengan menggunakan konsep ini ahli bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan mereka, malah ahli juga dapat beramal dengan bersedekah dan sama-sama membantu ahli komuniti lain yang sedang ditimpa musibah kesihatan.
Bagaimana Lyndung Membantu Masyarakat
Jika pada bulan Mac terdapat seorang ahli komuniti dimasukkan ke hospital dengan bil perubatan sebanyak RM10,000, dan jumlah ahli komuniti aktif pada bulan tersebut adalah sebanyak 200 orang, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama-rata kepada 200 ahli komuniti. Ini menjadikan perkongsian pada bulan tersebut adalah RM50 seorang. sumbangan perkongsian ini akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal.
Seandainya tiada ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, perkongsian pada bulan tersebut adalah sifar. ini bermakna tiada penolakan Sumbangan Perkongsian akan dilakukan. ahli juga perlu cakna dengan baki Sumbangan Perkongsian (Poket) mereka.
Cara Menyertai Komuniti Lyndung
Daftar sebagai ahli
Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang tidak bepenyakit berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan cara mendaftar secara dalam talian (online) menerusi e-Kyc. Lyndung adalah penyelesaian terbaik kerana ia menawarkan yuran yang sangat murah untuk ahlinya dengan kadar rm10 sebulan atau rm120 setahun.
Selain itu, ahli juga perlu memberikan sumbangan awal sebanyak rm100 yang akan digunakan sebagai perkongsian bil perubatan ahli yang lain.
Kongsi bil perubatan bersama ahli komuniti
Bil perubatan akan dikongsikan sama rata bersama ahli komuniti yang lain.
Tempoh menunggu 60 hari
Tempoh menunggu pertama adalah 60hari. tempoh ini bermula sebaik sahaja pendaftaran sebagai ahli Lyndung berjaya. semasa di tempoh menunggu, korang layak berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000.
Selain itu, jika ahli Lyndung meninggal dunia waris ahli akan menerima khairat kematian berjumlah RM5,000. bantuan khairat kematian ini akan diterima sebaik sahaja waris telah mengesahkan identitinya sebagai waris dan kematian ahli Lyndung tersebut kepada Pentadbir Program.
Tempoh menunggu kedua bermula pada hari ke 61 sehingga hari ke 180. semasa tempoh menunggu ini, kesemua jenis bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah layak untuk dikongsikan. perkongsian bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah sehingga RM1 juta setahun.
** bil perubatan untuk penyakit khusus tidak termasuk di dalam tempoh menunggu ini.
Tempoh Menunggu Selesai
Selepas tempoh 180 hari tamat, korang akan layak untuk berkongsi bil perubatan untuk penyakit am dan penyakit khusus termasuk kemalangan. perkongsian bil perubatan ini adalah sehingga RM1 juta setahun.
Setelah tempoh menunggu selesai, jika korang memerlukan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang sebagai pesakit luar, korang juga boleh berkongsi bil perubatan sehingga RM100,000. Selain itu, korang (Penerima) juga boleh berkongsi bil untuk permindahan organ bersama ahli komuniti sehingga RM20,000.
Manfaat Lyndung
Banyak kelebihan dan manfaat jika kita menyertai komuniti Lyndung. dengan hanya RM10 setiap bulan, ramai orang akan dapat menikmati manfaat perlindungan perubatan dan rawatan di hospital. bulanannya juga sangat rendah dan murah.
Antara kelebihan dan manfaatnya ialah:
Bil Perubatan Kemalangan
RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.
Bil Perubatan
-RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.
Hospital Panel
- Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.
Pemindahan Organ
- RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai penerima, sekali seumur hidup.
Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
- RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.
Khairat Kematian
- RM5,000 Khairat Kematian untuk waris.
Servis Ambulans
- Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.
Bilik Dan Makanan Hospital
- Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.
Pendapat Kedua Untuk Pembedahan
- Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.
RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.
Bil Perubatan
-RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi.
Hospital Panel
- Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.
Pemindahan Organ
- RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai penerima, sekali seumur hidup.
Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
- RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.
Khairat Kematian
- RM5,000 Khairat Kematian untuk waris.
Servis Ambulans
- Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250.
Bilik Dan Makanan Hospital
- Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital.
Pendapat Kedua Untuk Pembedahan
- Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital.
Kelebihan Menyertai Komuniti Lyndung
- Yuran keahlian yang rendah dan murah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun.
- Ahli komuniti berkongsi bil perubatan untuk membantu ahli komuniti yang kurang bernasib baik.
- Kemasukan ke hospital, termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh syarikat Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) yang bereputasi tinggi, Eximius Medical Administration Sdn. Bhd. dengan talian sokongan 24 jam.
- Lebih dari 200 panel hospital termasuk Sabah dan Sarawak. > senarai hospital
- Amanah Warisan Berhad sebagai syarikat pemegang amanah untuk menguruskan Sumbangan Perkongsian.
- Ahli komuniti berpeluang beramal dengan cara membantu ahli lain yang memerlukan rawatan perubatan.
Info Lanjut Lyndung.my
Alamat
Lyndung Sdn. Bhd.
18A, Jalan Pinggiran Putra 4A/4, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi:
10:00 AM - 5:00 PM (Isnin hingga Jumaat)
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Emel: help@lyndung.my
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.