Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

assalamualaikum. pada 17jun2023 yang lalu, aku menghabiskan sisa cuti weekend aku di lalaport bukit bintang. ini bukanlah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini. mungkin ini sudah kali ke tiga dan keempat. macam biasalah, aku ke tempat begini dulu bersama Tasya, my forever BFF. aku rasa tiada entri yang aku tulis atau update pada waktu itu, kerana itulah tiada gambar dan bukti. hahahha. ada di handphone sahaja barangkali. 

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport


Berjanji Temu Bersama Sepupu Suami di Lalaport

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport
minta maaf cakap. muka aku tak siap sebab tak mekap

lazimnya aku dan suami memang terlalu kerap berjumpa dengan sepupunya. sepupunya dah bukan macam sepupu. macam kawan rapat tau. aku pun selesa dengan mereka. lagipun mereka adalah orang yang selalu dan sangat ada pada waktu - waktu tertentu yang penting. contohnya majlis nikah aku yang waktu itu masih PKP, majlis sanding aku yang sampai harini aku belum update.

hahaha. letih woi. dah setahun lebih masih tak update. aku ingat nak tulis pasal waktu hari ulangtahun perkahwinan pertama. sampai nak masuk kedua masih belum ada mood nak menulis. 


Bersantai di Central Rooftop Garden, Lalaport

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

aku naik ke rooftop dalam jam 4 ke 5 petang. terik juga matahari, cuma dah tak berapa nak panas sangat. jom lah tengok gambar kami berlima. maaf lah gambar bersama suami nan tiada sangat. waktu ni lutut suami aku masih dalam fasa tak berapa nak elok. darah masih keluar dan menyucuk. 

baiknya suami aku ni, kaki parah pun masih bawa aku keluar dan berjalan. terima kasih suamiku yang hensem dan baik. semoga suamiku selalu dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik serta memberi manfaat pada isteri dan orang sekelilingnya. amin ~ 

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport
favourite cousin, Madhi

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport
love <3

keluar dengan madhi dan ayie ni best. banyak dapat gambar lawa. maklumlah sekarang badan dah membesar kan. angle memang selalu tak kena. muka tak siap nya. mekap cair nya. dalam gambar macam tak semangat sangat. nak pos macam tak lalu. sebab tak puas hati. lagi - lagi kalau gambar tu , suamiku yag tolong tangkapkan. 

yela kalau minta tolong banyak kali nanti kena marah. hmmm ~ memang kena ada fotografer sendiri ni. aahahaha. 

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

lupa nak cakap. rooftop lalaport agak besar juga. best lah kalau nak lepak berjemaah. nak astetik bawa jela bekal macam nak pergi berkelah. bentang tikar dekat situ sambil lepak minum petang. memang syok. cuma kalau hujan tu susah sikit. tak ada sangat tempat nak berteduh. kena lari masuk mall balik. heheh. 


Makan Tengahari di POP Meals, Lalaport

sebelum bersantai di rooftop, wajib lah makan tengahari dulu. aku ni kalau lapar senang nak buat muka dan marah - marah. walaupun hakikatnya muka aku memang dah tak berapa nak helok. aku dan suami beserta dua kanak - kanak kecil yakni adik aku dua orang telah bersama - sama makan di pop meals, lalaport bukit bintang. 

sebelum ni aku pernah makan POP meals dekat pkns. ya rabbi staf diorang semua macam tak boleh pakai. ada aku tinggalkan komen dan berikan 1 rating dalam google. aku ingat aku je syok sendiri rasa diorang tu staf yang tak okay, rupanya ramai je yang tak puas hati dengan pemberian servis diorang. patut lah~ 

staf POP Meals @ Lalaport memang terbaik. cousin aku dapat air latte (kot), tawar gila dan pahit. dia complaint dengan cashier terus dapat yang baru. bab air tu aku rasa memang air POP Meals tawar kot. aku makan dekat pkns shah alam, ada rasa kelat peach je. memang rasa macam air kosong. terasa detox pula. malas nak complaint apa - apa minum jela. 


BookXcess @ Lalaport

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

alang - alang dah sampai sini, masuk lah bookXcess. besar juga. ada banyak port untuk tangkap gambar. adik aku seronok lah. asyik suruh aku ambil gambar je. penuh galeri dengan muka diorang je lah. 

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

Pemandangan Cantik di Central Rooftop Garden, LaLaport

itu jelah buat kali ini. saja bawa adik - adik aku jalan. duduk rumah mak aku tak dapat diorang berjalan jauh ke KL. dapat pergi tesco je beli barang dapur. tu pun kalau tak kena tinggal. hahah. tapi tulah, diorang punya degil ni malas nak cakap. masuk jela kedai apa - apa mesti semua benda diorang tak ada. sebab nak minta dibelikan yang baru. letih mak. aku kena kerja lebih keras untuk belanja orang sekeliling. 

semoga nur amieza selalu dimurahkan rezeki, dilapangkan rezekinya untuk berbakti dan berbagi pada orang sekeliling. 

Post a Comment

3 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.