Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah

 

Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah

assalamualaikum. harini aku nak kongsi dengan korang pasal satu cafe yang terletak di klang. merasa lah aku datang sini sebab ayah aku bawa. eh ayah aku sekarang dah pandai ya. apa je yang viral dekat tiktok, mesti dia akan terjah. kalah aku. aku pun tak tahu menahu pasal cafe ni. 


Cafe Salim Menyajikan Menu Western

Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah
english breakfast (egg omelette)

disebabkan bukan aku yang bayar, aku anggap harga makanan dekat cafe ni sangat berpatutan dengan gaya persembahan makanan yang disajikan diatas pinggan. pinggan pula berat macam di hotel. sesuai lah dengan harga yang diberikan kepada pelanggan. 

aku tak tahu sebelum ini macammana kedai ni punya peraturan. jadi masa aku sampai dekat sini, aku kena cari meja untuk duduk dulu. kemudian ambil nombor meja dan pergi order makanan dekat kaunter depan. bayar terus ya. nanti akan ada whiteboard di kawasan kaunter tu tulis nama menu yang istimewa. masa aku haritu ada salmon. 

selain tu ada kertas menu juga di atas meja kaunter. selain dari menu western, ada juga disediakan menu seperti nasi goreng, kuehtiau dan pelbagai lagi. pilihan air pula ada kopi o dan teh o sahaja. untuk air sejuk ada oren, sarsi dan lain - lain (4 jenis pilihan air).


Servis Tiptop

instagram: https://www.instagram.com/cafesalim/
sumber: jomexplore.io

walaupun pelanggan agak ramai dan penuh meja, tak sangka cepat juga dapat makanan. harga air bagi 1 kepala ialah rm3. dekat kaunter kena bagitahu berapa orang satu meja. termasuk budak kecil yang minum air. nak tipu pun boleh, tapi dosa tanggung lah ye. hahahah tiba~ cawan agak kecil tapi boleh refill banyak kali. jangan risau sangat. air boleh je tukar - tukar. maksudnya kalau mula - mula nak air panas, lepastu nak minum sejuk pula. boleh tak ada masalah. air layan diri. 

Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah

cawan pun macam guna kole saiz mini. comel je. gelas tu pula saiz ikea yang jual rm6 tak silap. chicken wing yang aku order ni ada gaya macam yang ikea punya. sedap. 

Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah
chicken wing

Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah
salmon

Cafe Salim Menyediakan Sarapan Gaya Mewah
chunky mushroom soap

aku nak puji lah sikit sebab sup cendawan sedap. pekat. yummy sangat. total hangus makan di sini ialah rm96. mahal sebab aku ambil salmon. salmon tu agak hanyir. mungkin tak berapa nak sental masa basuh. macam aku, okay je nak telan walaupun ada bau hamis ikan. ada sesetengah orang rasa nak muntah. tak berbaloi rasanya nak makan salmon. salmon mahal sebab dia ikan salmon. tu jelah hahaa. yang lain puas hati dan sedap. 

pastikan bila datang sana cari tempat teduh yang nyaman. sebab kipas tak berapa nak rasa. kena duduk luar bumbung dan dipayungi dahan pokok baru rasa nyaman. lebih lagi bila ada angin yang bertiup sepoi. 

Info Cafe Salim

alamat:
4819, Jalan Cempaka, Meru, 41050 Klang, Selangor 

waktu operasi:
7am-12pm ( Isnin Tutup ) 

Nombor Untuk Dihubungi:
011-1120 2355

Instagram: 
https://www.instagram.com/cafesalim/

Post a Comment

2 Comments

  1. nmpk sedap., harga belakang kira., hehe

    ReplyDelete
  2. alaa jauhhh... tolong laa buka cawangan kat sini nak try jugaaaa

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.