assalamualaikum korang.
harini aku cuma nak mengadu pasal selsema aku. aku masih lagi geram ni. malam tadi tak ingatlah pukul berapa. mungkin pukul 4 nak dekat pukul 5 macam tu. aku tersedar dan berniat nak pergi ke toilet untuk buang air kecil. aku niat sahaja tanpa membuka mata. aku sedar masa tu. keadaan aku waktu tu aman je. hidung aku pun 'sihat' tak berair atau bersin macam orang gila.
disebabkan aku rasa waktu tidur aku sangat menarik dan selesa, aku cakap dekat diri aku. okay pergi lah buang air nanti sambung tidur. kalau sambung tidur sekarang tanpa buang air, aku akan tidur dalam keadaan menahan. tidur pun tak nyenyak kan?
Bersin Macam Orang Tak Siuman
bayangkan, masa tu hidung aku elok je. lepas aku sambung tidur dari pergi toilet tadi tu kan, aku baring. automatik hidung aku mula berair. kiri kanan. lepastu sebelah penuh dengan hingus, tersumbat terus. bila aku mengiring ke kanan, hingus aku penuh dekat hidung belah kanan. bila aku mengiring belah kiri, hingus aku penuh dekat hidung belah kiri.
bila aku baring menghadap atas, hidung aku mengalir keluar dari hidung. aku dah lap lap. tapi rasa hingus dalam hidung tu macam tebal sangat. faham tak? sampai tisu aku basah weyh.
sampai la aku bangun betul - betul. hidung aku tetap macam tu. sampai sekarang. dah pukul 12.45tengahari. gila lah. kalau aku tak bangun pergi toilet tadi kan elok.
tapi sama jelah. cuma start bersin tu mungkin masa aku nak bangun mandi pergi kerja. letih la weyh. hidung aku punya bijak. bila hidung aku bersih dari hingus, tiba - tiba mesti bersin menyerang. bila dah bersin, faham - faham jelah. automatik lah selsema teruk. pergi toilet sejuta kali pun tetaplah juga hingus mengalir dan memenuhi hidung. hidung aku macam tak suka kalau 'rumah' dia tak berhingus! aduh.
tolonglah aku, kalau korang ada idea macammana nak buat hingus ni berhenti dan sihat dari resdung. hmm
1 Comments
kena pi jumpa doktor segera. Pas tu makan ubat sampai abis. Cuma kdg2 tu selesema ini mungkin berpanjangan krna faktor cuaca yg x menentu...bersabarlah ye...
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.