bukan sang mentari memanah resah
usah kau paksa semua padamu pasrah
walau tak tiris kau genggam khazanah dunia
biar hidup dipupuk bayu bertaut
lemah suria memancar ke dasar laut
pasti rindumu tak mungkinkan larut
andai kasih yang kusemai semakin surut
walau berlimpah kasih sumpah kau curah
tak bermakna jika hanya mainan hampa dibibir saja
menyingkap bicara dusta
biasan hasrat penuh pesona
cerminlah hasratmu teman
bundarkankan gambar ramalan
hentikan semua biar pun persoalan
yang kau taburkan sebagai alasan
luruskan coretan fikiran
remangkan tafsir keimanan
leraikan desakan sunyi perasaan
yang menikam kedasar keyakinan
hanya kau tewas dalam menongkah masa
mendung apa yang kau khayalkan syurga
layarlah ke muara dengan penuh tabah
pastinya kau kan tiba kepangkuanNya
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.