Debar menelan tenang dada :
seribu erti 10 Oktober
Atau// sebenarnya beribu-ribu
Sejarah kepada aku & kamu, begini :
Nir-fikir, tanganku lekas berani
Memenuhkan ruang mesej kosong
Dengan sepatah-dua huruf/kata
Ruang berlakon taman wangi
-paling asing & sebelum harum :
Resah sempat berkunjung menjunjung ideologi
- bahawa memulakan cinta
adalah cara lain bagi memutuskan -
persahabatan, tetapi aku percaya itu pendustaan, -
& jawapannya –
***
Antara menerima/menolak
Kaumemilih di antaranya –
& Akhinya, aku biarkan saja –
Kerana masih belum senja
& akhirnya juga tujuanku masih sama –
Kerana ‘kamu’ adalah nama lain bagi bahagia.
Oleh: M. Emir
2 Comments
Sangat puitis dan berterus terang puisi ini😉
ReplyDeleteTinggi bahasa ni. Menarik dibaca :)
ReplyDeleteterima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.