Pergi Dengan Aman, Bos
Kronologi Keadaan En Anwar (whatsapp)
30 julai 2022Salam semua,Mohon doakan diberi kesembuhan untuk enanwar. Sekarang di hospital korea. Dlm proses untuk pembedahan. For office matters, will take over by En. kamal. In shaa allah next week management maklumkan semula. Kita akan buat mesyuarat.
03 julai 2022Salam. Minta doakan anak Anwar. Keadaan nye worsen mlm tadi. Dah Di tidorkan utk membantu keadaannye Bacakan YassinMohon maafkan segala salah silap dia ya. Any related to office please discuss dgn kaksyu.
08 julai 2022Salam semua. Bagi menghormati pihak keluarga Khairul Anwar, mohon doakan yang baik2 bagi saudara kita. Insya Allah Anwar masih lagi berjuang walaupun mungkin agak kritikal sedikit. Sebarang maklumat biarlah datang dari pihak keluarga dan Halal Academy.
10 julai 2022Khairul Anwar KamalDukacita di maklumkan anak saya Khairul Anwar bin Kamal telah meninggal dunia di Hospital Hallym University Chongcheon Korea Selatan pada 9hb July 2022. Bersama mendoakan semoga amalannya di terima dan ditempatkan bersama mereka yg beriman. Bagi pihak keluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yg membantu dan menghalalkan segala bantuan yang di hulurkan. Jenazah sedang di atur untuk dibawa pulang ke Malaysia dan akan di maklumkan jadual nya.AssalamualaikumKamal Mohamad NoorUncle minta mklumkan staff saja. keluarga akan uruskan utk maklumkan kepada semua kenalan en.anwar
13 julai 2022Jenazah Khairul AnwarAssalamualaikum. Jenazah anak saya Khairul Anwar Kamal di jangka tiba di Malaysia pada awal pagi Jumaat 15hb Julai. Jenazah akan di bawa ke Surau Seksyen 6, pada jam 8 pagi. untuk di sembahyangkan dan akan dikebumikan di Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Bagi yang berkesempatan, dijemput ke surau Seksyen 6 untuk memberi penghormatan terakhir sebelum beliau disemadikan. Sekali lagi, bagi pihak keluarga, kami mengucapkan terima kasih atas segala doa dan sokongan serta mohon dihalalkan segala bantuan. Terima Kasih.
Andaian dan Bayangan Aku
Bos Yang Baik
en anwar bos yang baik. tak lokek dengan makanan. rapat dengan staf. jarang marah staf (lagi - lagi perempuan) hahhaa. merasa terlalu kehilangan sebab;
- selipar kaki dinasor oren masih berkeliaran bawah meja alif. kadang - kadang aku macam terkejut kenapa ada selipar tu.
- awal kematian en anwar, kasut vans masih ada depan pintu ofis. aku selalu terkejut. en anwar ada dekat dalam bilik ke?
- aku orang yang selalu awal masuk ofis. bila aku nampak pintu bilik en anwar terbuka, aku rasa takut. aku nak intai kalau - kalau en anwar masih ada dekat dalam bilik tengah tidur.
- bila masuk pantri, selalu ada air panas yang dibiarkan sejuk (tak faham kenapa kena tinggalkan). aku sampai fikir, orang yang biarkan air tu nak bagi 'en anwar' minum ke? (maaf terfikir macam ni)
- bila masuk pantri, semua herba garam gula, bergelimpangan di rak tak bersentuh.
- dalam peti ais. penuh daging, cheese yang entah aku tak tahu tak dimakan.
- dulu setiap kali en anwar masuk ofis. alip dengan khairul mesti kena bahan dengan en anwar. selalu sangat kena sakat.
- bila masuk toilet time en anwar berak, dia suka main hp dan tak on air. aku mesti fikir, dia okay ke kalau orang dengar dia berak hahahha.
aku masih ingat perbualan ni. "en anwar tak kisah ke kitorang pegang hp en anwar untuk order grab?". "grab tak pe, jangan shopee" HAHAHAH.
sepi.
.
.
Diganggu Anxiety
beberapa hari selepas en anwar bersemadi. ada satu malam tu, resah aku menjadi - jadi. serba serbi tak kena. aku tak boleh duduk. kematian ada dimana - mana. kaki aku sejuk. bila aku duduk, kaki tangan bontot aku semua 'bersemut' kebas. laki aku cakap "dah kenapa. duduk duduk. tak ada apa. kematian tu pasti".
dalam kepala aku lagi, macammana nanti aku mati. aku sempat mengucap tak? laki aku okay tak menerima kematian aku. mak ayah aku macammana? nanti aku rindu adik aku macammana? kalau adik aku pula yang mati macammana. aku kena cium jenazah dia ke? aku takut tengok jenazah yang terkafan.
kalau mak ayah aku pula yang pergi macammana. aku kena buat apa. semua hutang - hutang aku macammana. macammana kalau aku tengah jalan - jalan dekat pasaraya, tiba - tiba runtuh. macammanaaaaaa.
seminggu aku diserang rasa takut. waktu itu aku masih belum sembuh demam sepenuhnya.
sehinggalah 14 ogos 2022. waktu itu aku bersiar - siar dengan laki aku dan adik - adik aku. aku seronok. tak fikir apa - apa. lepastu adik aku merengek nak suruh aku layan dia. aku pun dukung la dia sekejap sampai pintu luar. tiba tiba tangan aku macam kebas. normal lah, adik aku berat hahha.
kitorang pun pergi makan. lepastu aku dah rasa macam aneh. pandangan aku macam tak normal. aku stress. tangan kanan aku makin lama makin rasa 'hilang'. aku cakap dekat laki aku, hantar adik sekarang. terpaksa cancelkan order serta merta dengan muka malu. mak tak ada dekat rumah. angkut diorang naik kereta. dalam kereta aku tak boleh bernafas normal. sesak. tangan aku sejuk. dada aku sempit.
aku ingat aku dah nak mati. kepala aku pening lately. jadi aku simpulkan mungkin ada urat kepala yang bocor (seperti yang aku pernah baca dalam artikel - "hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap anaknya menunjukkan berlaku pendarahan akibat dua urat yang terputus di bahagian atas dan belakang kepala")
- https://www.sinarharian.com.my/article/149407/berita/semasa/arwah-merangkak-ke-bilik-mengadu-sakit-kepala
- https://www.therakyatpost.com/trpbm/viral/2021/10/26/mengadu-sakit-kepala-suami-redha-isteri-meninggal-sehari-selepas-nikah/
waktu aku copy paste ayat ni pun, aku dah mula rasa sesak. aku rasa macam aku mungkin sedang mengalami urat putus/ bocor. hmmm. aku ni terlalu cintakan dunia ke? sebab takutkan mati?
sekarang aku dah berurusan dengan bahagian psikologi dan kaunseling di hospital shah alam dan juga jabatan perubatan rehabilitasi. doakan aku ye. aku masih rasa en anwar masih ada, cuma kehadirannya sepi.
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.