Penceraian Adalah Satu Bentuk Kematian


Penceraian Adalah Satu Bentuk Kematian

seperti mana - mana kematian, jangan kita ungkit yang buruk - buruk tentang waktu hidup lalu. kerana hal yang sebenar - benar hanya diketahui oleh tuan badan dan Tuhan pencipta anggota badan. sebutlah yang baik - baik. doa agar kebangkitan semula mreka dipermudahkan. - wani ardy


semenjak dari semalam, heboh dimedia sosial berkenaan peceraian noh hujan dan mizz nina. ada yang sedih dan tidak boleh terima kenyataan apabila mereka memilih perpisahan. keduanya tidak memburuk kan masing - masing. dengan tenang keduanya memberikan kenyataan di akaun instagram tanpa berselindung. 

mungkin sampai disitu sahaja jodoh mereka. berkahwin cara baik, dan berpisah dengan cara baik. semoga mereka berdua tabah menempuh dugaan selepas ini. buat mizz nina, semoga kuat dan tabah membesarkan musa dengan kasih sayang yang menebal. 


Buat Yang Terbaik

Penceraian Adalah Satu Bentuk Kematian

aku teringat quote fynn jamal. lebih kurang beginilah ayatnya "bila kita memberi, beri seluruh dan seikhlasnya. supaya bila hilang, tak rasa ralat. tak kisah la untuk situasi apa pun. jika kita mengeluh untuk menukar pampers emak yang sudah tua, ingatlah ada orang lain yang dahaga untuk membantu ibunya yang telah tiada. anggap kesusahan adalah hadiah/ pemberian dari tuhan. nescaya kita akan selalu berlapang dada menerima kerana ia adalah sebuah hadiah/ pemberian. bukan ujian."

saja aku teringat. aku juga sedang melalui fasa ini. sedang belajar memberi sebaiknya. supaya bila hilang, tidak rasa ralat mana. umpamanya macam; menerima ajakan suami pergi mengeteh, walhal sudah seharian bekerja di pejabat, masak dirumah sebelah petang, dan sambung membasuh baju sidai baju dan kerja rumah yang lain. keluar sahaja lah ikut suami. dalam kereta boleh tidur sambil pegang tangan. begitulah aku. cuma kadang - kadang terbabas dengan jawapan "penatlah, lainkali boleh?"

lagipun setiap kali aku selesai masak, dan kami selesai makan. suami aku akan selalu mengucapkan terima kasih. itu sudah memadai untuk aku rasa hilang letih. itu sudah romantis dan menenangkan. aku selalu belajar sebuah hubungan melalui media sosial. aku belajar tengok bagaimana fynn, menyintai tri seadanya. dulu 'perjanjian' mereka ; sampai tua. kini sudah berubah; kita jumpa disana.

walaupun ucapanya seringkas itu, namun cukup deep untuk merasa sebak. mungkin hidup fynn dan tri bukan sebahagia seperti yang dilukis dimedia sosial. tapi itulah yang mereka sedang lakukan. mencari bahagia semampunya. berusaha sama. 

Jangan Mengeluh dan Terima Saja

Penceraian Adalah Satu Bentuk Kematian

katakan lah suami curang, dan sebagainya. redha sajalah jika kita sudah memberi yang terbaik. sudah aturan tuhan. mungkin takat itu sahaja, selainnya berusahalah memenangi hati suami dan cuba untuk bertaut kembali. 

jikalau, suami perlakuannya begitu atas salah kita, benda pertama yang harus dimulai ialah dengan muhasabah diri. cari mana salah diri. betulkan dahulu hubungan dengan Tuhan. baru lah berbincang bersama suami. 

kerana hati manusia dipegang Tuhan selamanya. sekuat mana tergenggam, akan terlepas jua. sebaiknya, berusalah menjadi isteri yang terbaik untuk suami. jadi pendengar yang selalu membuka telinga. jadi bahu yang empuk untuk berehat seketika. jadi pelukan yang mendamaikan ketika rasa tak nyaman. jadi lah segalanya, asalkan yang Tuhan redha.

aku juga. semoga hubungan aku dan suami akan selalu begitu. dilemaskan dengan rasa cinta tak berbelah bahagi. akan selalu menyayangi. akan selalu setia disisi. semoga kami akan saling rasa bersyukur menjadi suami isteri. selamanya. semoga jodoh ini sampai syurga bersama. amin. 

Post a Comment

0 Comments