Banjir 2021

Banjir 2022

Banjir 2022

assalamualaikum semua.

rupanya lagi tiga (3) hari, cukup sebulan aku tinggalkan kanvasdakwat. hahahhaa. sibuk teruk sampai tak ada masa nak menulis. kalau ada masa pun, aku selalu imagine. aku nak menulis panjang, jadi ambil masa sehingga 3  4 jam sambil buat kerja lain. jadi lebih baik aku buat kerja lain. hmm maaf semua. 


Banjir Teruk Edisi 2022

Banjir 2022

Banjir 2022

ketika kejadian ini berlaku, aku ada dirumah aku. mak aku dan adik - adik kecil ada di johor. yang tinggal dirumah cuma ayah dan dua orang adik. aku dah tak keruan. hahahha. aku fikir barang aku banyak dirumah. air bah akan menghanyutkan segala. 

kenapa aku kata 'banjir teruk edisi 2022'? sebab ini bukan kali pertama banjir biasa dan juga bukan kali pertama banjir besar. aku boleh kata, ini mungkin kali ketiga? yang pertamanya tak ingat. yang keduanya (aku dah besar sikit dan boleh ingat) masa tsunami melanda. kami turut kena tempiasnya. kebun bunga macam laut. sempat aku merasa naik 'bot' diy. hahaha. dibawah ada tayar yang menerapungkan pintu. aku dan sepupu duduk diatasnya. sempat kami belayar separuh perjalanan lorong rumah. tak berani sampai belakang. ada sungai. 

Banjir 2022

Banjir 2022

alkisahnya, malam ketika banjir sedang naik tinggi. ada warga emas di rumah atuk aku walaupun atuk aku memang dah kategori warga emas. ada atuk, nenek dan ayah kepada nenek yang sangat uzur. ayah aku selaku 'orang penting' sepanjang banjir melanda sangat sibuk meminta bantuan. 

ada entahla. kereta/ lori ke apa. tapi milik bomba/ polis/ tentera yang membantu nenek, atuk dan ayah kepada nenek untuk dihantar ke dewan atas. ketika itu sekitar jam 12 malam ke 1 pagi. sudahnya 4 pagi atau 9 pagi macam tu, mereka semua telah dipindahkan ke KAFA bawah. 

aku dengar - dengar, dewan terlalu sesak. tak sesuai untuk warga emas disitu. lagipula covid masih belum mati. di KAFA, lebih selesa. aku dah tinjau - tinjau. 

makanan cukup. 

Banjir 2022

ouh lupa. atuk aku punya degil, malam lepas air dah mula surut (tapi air masih tinggi). dia ajak adik aku balik. sebab dia nak mengemas. katanya nak cuci dinding. tapi air kan masih ada. dengan gelap tak ada lampunya. alahai.  hahahaha. 


Shah Alam 'Mati'

Banjir 2022

aku seboleh - boleh nak balik tengok rumah walaupun aku dah tak duduk disitu. hahhaa. aku nak tahu keadaan semua orang. yela, ayah aku sibuk tak sempat nak reply whatsapp. kawan aku lah yang bantu bagitahu keadaan terkini kawasan kebun bunga. 

ada satu malam tu (tak ingat). aku ada cubaan nak balik rumah. tapi kereta stuck di round the board. al maklumlah, shah alam adalah darul round the board. round the board rendah. hahaa. memang tenggelam banjir. terpaksa patah balik. masa ni macam naik bulu roma. 

Banjir 2022

mana - mana je 4x4 dengan bot. macam gempak weyh. mana - mana sunyi. kedai tutup dan ditenggelami banjir. kesian. esok nya cubaan untuk balik ke rumah, lepas. hahahha akhirnya. tapi tak boleh masuk pun. cuma mampu tengok dari atas jalan je (rujuk gambar diatas). aku balik sebab nak update keadaan terkini kepada mak aku. kesian mak aku kena palau dengan ayah. hahahha. 

belum apa - apa, mak aku da buat senarai apa benda yang aku kena cari/ kemaskan. hahahahha. ayooo. 


Keadaan Rumah Tongkang Pecah


Banjir 2022

lepas dapat masuk rumah, rasa macam 'wow'. ni nak kemas dari mana? hahhaa. macam tak tahu nak mula. eh bukan aku yang kemas, tapi aku tolong fikirkan. memang gila - gila teruk. sampai kereta pun K.O. rasanya macam semua barang memang perlu dibuang. 

banyak gila baju yang perlu dibasuh. entah berapa trip kali ke dobi. dobi serata tempat. sebab nak dapatkan dobi yang murah dan tak ramai orang. kebanyakkan mangsa banjir memang akan ke dobi. masalahnya semua dekat - dekat. terpaksa pergi jauh sikit. 

Banjir 2022

semua dokumen penting lebur. aku tak jumpa mana. buku aku. aduhai. tak dan nak menangis. tapi almari pun lebur jatuh ke lantai. semua buku menyembah weyh. sedih gila. tapi sedih yang tak ada perasaan. sedih tapi kosong. sedih tapi rasa macam ah lantak la. 

sebab dah tak terjaga, tapi masih sayang. tak ada langsung buku yang selamat dan dokumen aku langsung tak dijumpai. 

Banjir 2022

mak aku lebih risaukan anak  anak kucing berbanding keadaan rumah. sibuk tanya - tanya dekat adik aku 'anak - anak mak semua selamat ke?' jawapan slumber adik aku 'semua syahid'.

waktu ni sebab memang tak nampak kelibat sesiapa. tapi (rujuk gambar diatas), bila jaiho munculkan kepada, tau lah kita semua. semua kucing survive. 

cuma ada 2 ekor kucing yang tak mengenang budi. hahahhaha. 

yang pertama jaiko. kucing ni dijumpai di rumah jiran. jiran 2 lorong post dalam group whatsapp kampung dan tanya ni kucing siapa. aku dan mak siap pergi kutip malaun ni. punya dia tak nak ikut, dia ingat kita ni orang asing. dia lupa, dulu adik aku kutip dia. hahahha. 

masa mak aku nak kutip dia, isteri kepada pakcik yang whatsapp ni macam jeling - jeling marah. dia macam cakap dalam hati "woi, aku yang selamatkan kucing ni. kau sedap je mengaku tu kucing kau" jaiko bukan lawa pun orang nak mengaku tu kucing kita. tapi sebab tu memag kucing kita hahahha. setakat jaga waktu banjir je pun..

dalam kereta macam nak kena lepuk jaiko ni. sehari je dia bertahan dekat rumah mak. esoknya lesap dan kembali ke pangkuan keluarga baru. lantak kau la. hahaha. 

kucing yang kedua tonggek/ kenit. aku panggil tonggek sebab dia ialah kucing jantan yang berjalan macam model. ekor pendek dan terbantut. memang lawa. bulu pun lembut. tapi sayang, lepas banjir dia menyelamatkan diri dan duduk menetap dibengkel motor depan/ kedai tomyam depan. 

masa aku sampai, nampak dia bersenang lenang tengok kereta. bila diajak balik, dia trauma. hahahha. mungkin sebab malu. dulu dia dipuji sekarang tak lagi. kalau dia ingat jalan pulang, dia balik la. kalau dia taknak, ikut la. haaaahaha. orang bukan tak pernah panggil dia balik. dia yang tak mau. 

Kemas Rumah Macam Tak Habis

Banjir 2022

atuk aku pun rajin mencuci walaupun penat. masing  masing sibuk. aku je tak ada, sebab aku tolong ambil gambar semua orang.  hahahhaha. adik aku syazwan tu tak semena - mena pergi pijak kaca. kaca tu tembus dalam selipar. kesian dia berdarah - darah tapi bukan salah aku sebab tak tolong hahaha. 

adik aku yang kecik tu pula, merajuk bila orang tak bagi tolong. akhirnya bila dah bagi tolong, seronok dia posing. 5 minit kemudian dia hilang. dasar. bila orang suruh sambung kerja, dia nangis. hahahhaa. 

Banjir 2022

sampah - sampah yang dekat luar pun dah berkurangan. orang lelaki dah tolong angkut bawa pergi tempat pembuangan sampah didepan / di belakang. ada sukarelawan yang membantu. terima kasih. 

ada banyak barang berharga mak, terutamanya barang didapur yang sayang benar nak dibuang. hahhaha. akhirnya dapat buang tanpa rasa bersalah. ubat  ubat yang dah ditenggelam banjir pun kalau boleh nak disimpan sebab masih belum dibuka penutup. tapi kita semua tahan telinga jela dengar. hahaha

Banjir 2022

lorong belakang rumah; tempat pembuangan sampah ni dah disaster teruk. bau jangan cakap la. alhamdulillah sekarang dah bersih lepas hujan turun membersihkan jalan. langit terik juga dah mengangkat semua kelembapan. 

Keadaan Rumah Selepas Cuci

Banjir 2022

ada banyak baju - baju yang masih belum dibasuh. separuhnya dibuang sebab tak larat nak dicuci. mungkin baju - baju yang tak ada kenangan atau sentimental. jadi tak ada sebab untuk terus disimpan dan memenuhi almari. 

peralatan elektrik seperti TV selamat dibuang .mesin basuh juga tak berupaya nak dibaiki. kipas - kipas masih selamat digunakan selepas dikeringkan berhari - hari. penghawa dingin juga masih boleh dipakai. 

sekarang dirumah ada 8 biji kipas tak silap. disetiap ruang ada telah disediakan 2 biji kipas untuk membasmi rasa panas. puncanya kipas siling dah jahanam. 


Banjir 2022

Banjir 2022

Banjir 2022

Banjir 2022

beberapa hari selepas mengemas rumah, akhirnya rumah bersih. rasa macam rumah baru je lantai tu. hahahha. ini lah hikmah banjir. rumah akan disental sebaiknya. putih. rasa lapang rumah. ada banyak barang - barang dah dibuang. 

Banjir 2022

setakat hari ini, masih belum ada mesin basuh dirumah emak. kipas siling baru diterima semalam hasil dari claim bantuan banjir. siling yang bolong masih lopong. nyamuk berkeliaran liar. tilam dah berganti baru. keadaan rumah masih suram dan tak ceria. 

rumah sedang proses cat baru dan ayah melakukan semuanya sendirian. mungkin dibantu adik, aku tak tahu. kucing - kucing bebas masuk rumah walaupun tv yang baru dibeli dijatuhkan oleh salah seekor kucing yang tak bertanggungjawab. nasib baik skrin tak pecah, kerana tv jatuh dari aras tinggi juga. 
 
kereta masih terbengkalai. kenderaan utama sekarang cuma motor. 

apa pun, terima kasih pada semua yang memberi sumbangan terutamanya syarikat tempat aku bekerja, warga kbba, bantuan orang ramai dan juga bantuan kerajaan. duit yang diterima mungkin tak dapat nak ganti semua nilai kerosakan, tapi boleh topap sikit - sikit untuk mengembalikan semuanya macam dulu balik. semoga semua yang membantu dimurahkan rezeki. 

semoga yang terkesan dengan banjir dapat melalui hidup ini dengan tenang. 

Post a Comment

0 Comments